laptop-terbaik-student-2018

Artikel ini saya buat bagi memudahkan golongan student membuat pilihan yang bijak dan tepat sebelum membeli laptop. Laptop yang ada dipasaran sekarang memang terlalu banyak model dan jika silap pilih, rugi jadinya kerana laptop biasanya orang akan guna dan tukar setiap 3-5 tahun berbanding telefon pintar yang ditukar secara kerap. Sekiranya anda rasa artikel ini bagus, boleh kongsikan kepada rakan-rakan di universiti, kolej ataupun mana-mana institusi pengajian ya!

Kriteria pilihan saya bukanlah dari segi gaming kerana untuk kategori laptop gaming saya akan tulis dalam artikel lain. Bagi saya laptop yang sesuai untuk student ialah laptop yang spesifikasi processor yang laju, rekaan nipis dan ringan dan ketahanan bateri yang bagus. Fungsi lain yang perlu ada ialah kebolehan upgrade RAM dan SSD, rekaan bukan plastik semata-mata dan juga mempunyai backlit keyboard. Paling penting sekali, harga yang mampu milik iaitu di antara ~RM2000 ~ RM2600.

Laptop dengan spec berikut tidak digalakkan beli pada harga di atas RM2000
Processori3-7020U, i5-7200U, AMD A8, AMD A9, AMD A12
GraphicNvidia 920/920MX/940M/940M, Nvidia MX130

Minimum processor yang saya galakkan untuk kegunaan tahun 2018 ialah Quad-core. Boleh rujuk table di atas untuk spec laptop yang kalau boleh elakkan daripada terbeli pada harga di atas RM2000 kerana spec tersebut adalah spec tahun lepas. Manakala model laptop yang sesuai pula mestilah menyokong RAM upgrade sehingga minimum 8GB.

 

Laptop Terbaik Untuk Student 2018 – Acer Swift 3, HP Pavilion 15, Acer Aspire 5

acer-swift-3-laptop-terbaik-student-2018

Acer Swift 3 SF314-54 merupakan laptop model terkini Acer dengan rekaan bingkai yang nipis (slim bezel) dan binaan aluminium. Siri Acer Swift 3 ini ada banyak variasi dan saya cadangkan anda pilih model ini sahaja Acer Swift 3 SF314-54-57FD (BLUE), Acer Swift 3 SF314-54-59T5 (SAKURA PINK) dan Acer Swift 3 SF314-54-55JD (SILVER). Sila catat nombor model ini sekiranya anda ingin beli di kedai-kedai komputer berhampiran.

Banyak kedai fizikal dan kedai online masih menjual model Acer Swift 3 SF314-52, model ini tiada bingkai nipis, ada 256GB SSD tetapi ram 4GB tidak boleh upgrade. Ram 4GB yang tidak boleh upgrade merupakan kelemahan serius model ini jadi saya cadangkan ambil model terbaru SF314-54.

Acer Swift 3 SF314-54 (2018 model)Acer Swift 3 SF314-52 (2017 model)
BezelSlimTebal
Ram2 slot (upgradable) Soldered ram (non-upgradable)
SSD128GB256GB

Spesifikasi Acer Swift 3 SF314-54

  • Processor : i5-8250U (Quad-core)
  • Ram : 4GB (upgradable)
  • Display : 14″ 1920×1080 IPS (~250 nits 60% SRGB)
  • Graphic : Intel HD 620
  • Storage : 128GB SSD + 1TB HDD
  • Berat : 1.6kg
  • Bateri : 6-8 jam

Acer Swift 3 ~RM2550

Positif : Rekaan OK, binaan aluminium, processor Quad-core, boleh upgrade RAM, IPS 1080p display panel, SSD sedia terpasang, menyokong dual-drives, ringan, bateri tahan 6-8 jam, pilihan warna Blue, Sakura Pink dan Silver, backlit keyboard serta harga yang munasabah.

Cadangan saya ialah upgrade RAM kepada minimum 8GB untuk prestasi terbaik.

Kelemahan : Intel HD 620 tidak sesuai untuk gaming. Kecerahan display panel ~250 nits dan color gamut sekitar ~60% SRGB. Untuk kerja edit gambar, video dan graphic yang professional, perlu panel sekurang-kurangnya 300 nits dan SRGB gamut 80-100%.

Acer Swift 3 SF314-54G-50N9 merupakan model Swift 3 dengan gpu Nvidia MX150 yang berkeupayaan untuk gaming medium-high quality 1080p. Menurut Notebookcheck, model Acer Swift 3 dan Acer Aspire 5 antara model yang mempunyai keupayaan penuh Nvidia MX150 berbanding model laptop Lenovo, HP dan Asus. Bagaimanapun harga Swift 3 agak mahal dengan harga sekitar ~RM2750.

Acer Swift 3 MX150 ~RM2750

hp pavilion 15 laptop terbaik student

HP Pavilion 15-CS0033TX – laptop 15.6″ yang nampak berkualiti tinggi dan mempunyai spesifikasi yang bagus. Menggunakan kombinasi material aluminium dan plastik berkualiti tinggi, laptop HP ini nampak bergaya juga untuk student dan juga untuk bisnes. Laptop ini juga mempunyai graphic Nvidia MX150 dan berkebolehan upgrade hardware seperti SSD dan RAM.

Saya pernah tulis pasal laptop HP Pavilion 15 sebelum ini, tapi ia adalah model lama iaitu 15-CK063TX. Berdasarkan kajian saya, perbezaan antara dua model ini agak minimal dimana model baru ini mempunyai cover aluminium berbanding plastik dan mempunyai 2 kipas untuk penyejukan yang lebih baik.

HP Pavilion 15-CS0033TX HP Pavilion 15-CK063TX
Casing Aluminium + plastikAluminium + plastik
Kipas 2 kipas1 kipas

Spesifikasi HP Pavilion 15-CS0033TX

  • Processor : Intel Core i5-8250U Quad-core
  • Ram : 4GB RAM (ada slot tambahan untuk upgrade ke 8GB atau 12GB RAM)
  • Storage : 1TB HDD (ada slot tambahan untuk upgrade ke M.2 SSD)
  • Display : 15.6″ FHD IPS 1920×1080 (~250 nits, ~55% SRGB)
  • Graphic : Nvidia MX150 2GB GDRR5
  • Build quality : Aluminium dan plastik
  • Keyboard : Backlit-keyboard (keyboard ada lampu)
  • Bateri : ~5 – 7 jam
  • Berat : 1.8 kg
  • Port : 1x HDMI, 1x Headphone Jack, 2X USB 3.1 Gen 1, 1X USB Type-C

Penting: Walaupun laptop ini menggunakan Nvidia MX150, data daripada Notebookcheck menunjukkan bahawa laptop Acer Swift 3 dan Acer Aspire 5 yang mempunyai kelajuan penuh Nvidia MX150. Apapun, graphic Nvidia MX150 dalam laptop ini sudah cukup bagus untuk FIFA, PES, Dota 2 dan untuk menjalankan perisian Adobe.

Cadangan saya ialah upgrade RAM kepada minimum 8GB dan tambah SSD ke laptop ini dengan konfigurasi 240GB SSD + 1TB HDD untuk prestasi terbaik.

HP Pavilion 15 CS0033TX ~RM2550

Jika anda berminat memiliki laptop HP ini, klik link di atas dan masukkan voucher ” VASTSTOP50” untuk diskaun sebanyak RM58. Harga akhir yang anda bayar ialah RM2489. Promosi terhad sahaja.

Positif : Rekaan OK, binaan aluminium, processor Quad-core, boleh upgrade RAM, ada graphic Nvidia MX150, IPS 1080p display panel, boleh upgrade SSD dan menyokong dual-drives 1TB HDD dan SSD, ringan, bateri tahan 5-7 jam, backlit keyboard serta harga yang munasabah.

Kelemahan : Kecerahan display panel ~250 nits dan color gamut sekitar ~60% SRGB. Untuk kerja edit gambar, video dan graphic yang professional, perlu panel sekurang-kurangnya 300 nits dan SRGB gamut 80-100%.

dell vostro 5471 laptop terbaik student 2018

Dell Vostro 5471 merupakan laptop yang mempunyai rekaan yang moden, nampak premium dan sesuai untuk student dan juga bisnes. Didatangkan dengan pilihan warna Blue-Silver dan Rose Gold-Walnut yang elegan. Laptop ini juga menyokong hardware upgrade seperti RAM dan SSD. Konfigurasi tertinggi Dell Vostro 5471 hanya menyokong AMD Radeon 530 yang mempunyai kelajuan seakan Nvidia 940MX jadi tidak berapa sesuai untuk gaming.

Spesifikasi Dell Vostro 5471

  • Processor : Intel Core i5-8250U Quad-core
  • Ram : 4GB RAM (ada slot tambahan untuk upgrade ke 8GB atau sehingga 32GB RAM)
  • Storage : 1TB HDD (ada slot tambahan untuk upgrade ke M.2 SSD)
  • Display : 14″ FHD Anti-glare 1920×1080 – menurut laman Dell Malaysia, panel ialah IPS (~250 nits, ~60% SRGB)
  • Graphic : Intel HD 620
  • Build quality : Aluminium
  • Keyboard : Backlit-keyboard (keyboard ada lampu)
  • Bateri : ~5 – 7 jam
  • Berat : 1.68 kg
  • Port : 1x HDMI, 1x Headphone Jack, 2X USB 3.1 Gen 1, 1X USB Type-C

Dell Vostro 5471 ~RM2500

Dengan spesifikasi yang bagus serta rekaan yang elegan dan nampak premium, Dell Vostro 5471 adalah pilihan yang selamat untuk student dan juga bisnes. Cadangan saya ialah upgrade RAM kepada minimum 8GB dan tambah SSD ke laptop ini dengan konfigurasi 240GB SSD + 1TB HDD untuk prestasi terbaik.

acer aspire 5 mx150 laptop terbaik student

Acer Aspire 5 A515-51G-59Z0 merupakan budget gaming laptop yang popular di youtube dan juga jumlah pengguna yang ramai di Malaysia. Pada harga ~RM2350, sukar untuk mencari alternatif bagi laptop Aspire 5 A515 yang mempunyai processor quad-core, Nvidia MX150, ketahanan bateri sehingga 8 jam dan kebolehan upgrade hardware seperti RAM dan SSD. Menurut Notebookcheck, model Acer Swift 3 dan Acer Aspire 5 A515 antara model yang mempunyai keupayaan penuh Nvidia MX150 berbanding model laptop Lenovo, HP dan Asus.

Spesifikasi Acer Aspire 5 A515-51G-59Z0

  • Processor : Intel Core i5-8250U Quad-core
  • Ram : 4GB RAM (ada slot tambahan untuk upgrade ke 8GB atau 12GB RAM)
  • Storage : 1TB HDD (ada slot tambahan untuk upgrade ke M.2 SSD)
  • Display : 15.6″ FHD TN Panel 1920×1080 (~250 nits, ~50% SRGB)
  • Graphic : Nvidia MX150 2GB GDRR5
  • Build quality : Plastik
  • Keyboard : Backlit-keyboard (keyboard ada lampu)
  • Bateri : ~6 – 8 jam
  • Berat : 2.2kg
  • Port : 1x HDMI, 1x Headphone Jack, 2X USB 3.1 Gen 1, 1X USB Type-C

Acer Aspire 5 A515 MX150 ~RM2350

Positif : Rekaan OK, processor Quad-core, graphic Nvidia MX150 yang boleh memainkan game medium-high pada 1080p dengan lancar, boleh upgrade RAM, boleh upgrade SSD dan menyokong dual-drives, bateri tahan 6-8 jam, sistem penyejukan yang bagus laptop tidak cepat panas, backlit keyboard serta harga yang munasabah.

Cadangan saya ialah upgrade RAM kepada minimum 8GB dan tambah SSD ke laptop ini dengan konfigurasi 240GB SSD + 1TB HDD untuk prestasi terbaik. Jika anda beli laptop ini, saya juga galakkan anda upgrade TN-panel kepada IPS panel.

Kelemahan : Tebal dan berat 2.2kg. Binaan plastik. Kecerahan display panel ~250 nits dan color gamut sekitar ~50% SRGB. Kualiti display TN-panel yang kurang memuaskan dari segi ketepatan warna dan sudut pandangan (viewing angle). Untuk kerja edit gambar, video dan graphic yang professional, perlu IPS panel sekurang-kurangnya 300 nits dan SRGB gamut 80-100%.

acer aspire 3 ryzen 2500u

Acer Aspire 3 A315-41G-R7HY merupakan laptop kelas bajet yang menggunakan processor AMD Ryzen 2500U quad-core. Pada harga ~RM2100, ini adalah laptop yang “good enough” untuk Microsoft Office, melayari web dan sebagainya. Keupayaan gaming pula agak sederhana tetapi boleh memainkan FIFA, PES, Dota 2 pada setting medium-high pada 720p. Kalau anda mempunyai bajet yang sangat terhad, ini adalah pilihan yang OK.

Spesifikasi Acer Aspire A315-41G-R7HY

  • Processor : AMD Ryzen 2500U Quad-core
  • Ram : 4GB RAM (ada slot tambahan untuk upgrade ke 8GB atau 12GB RAM)
  • Storage : 1TB HDD (ada slot tambahan untuk upgrade ke M.2 SSD)
  • Display : 15.6″ FHD Panel 1920×1080 (~250 nits, ~50% SRGB)
  • Graphic : AMD Radeon 530X
  • Build quality : Plastik
  • Keyboard : Backlit-keyboard (keyboard ada lampu)
  • Bateri : ~ 4 – 6 jam
  • Berat : 2.3kg
  • Port : 1x HDMI, 1x Headphone Jack, 2X USB 3.0, 1X USB 2.0

Acer Aspire 3 Ryzen 2500U ~RM2100

Positif : Processor Quad-core AMD Ryzen 2500U, graphic AMD Radeon 530X yang boleh memainkan game medium-high pada 720p dengan lancar, boleh upgrade RAM, boleh upgrade SSD dan menyokong dual-drives, harga yang munasabah untuk laptop quad-core.

Cadangan saya ialah upgrade RAM kepada minimum 8GB dan tambah SSD ke laptop ini dengan konfigurasi 240GB SSD + 1TB HDD untuk prestasi terbaik.

Kelemahan : Tebal dan berat 2.3kg. Binaan plastik. Kecerahan display panel ~220 nits dan color gamut sekitar ~50% SRGB. Kualiti display yang kurang memuaskan dari segi ketepatan warna dan sudut pandangan (viewing angle). Untuk kerja edit gambar, video dan graphic yang professional, perlu IPS panel sekurang-kurangnya 300 nits dan SRGB gamut 80-100%.


Ringkasan laptop terbaik untuk student 2018 :

Acer Swift 3 SF314-54 – design moden, nipis, ringan dan spesifikasi yang laju dan berkuasa untuk kegunaan student dan bisnes serta ketahanan bateri yang panjang berbanding laptop lain dalam senarai ini. Bukan tipikal laptop Acer biasa yang plastik, tebal, berat, cepat panas dan bateri cepat habis. Out of box, Acer Swift 3 ini paling laju antara semua laptop di atas kerana sudah dilengkapi SSD. Dan secara peribadi saya rasa Acer Swift 3 warna Silver nampak lebih professional berbanding Sakura Pink dan Blue.

HP Pavilion 15 CK0033TX – design moden, masih lagi dalam kategori ringan dan kompak walaupun saiz 15.6″ dan spesifikasi yang laju dan berkuasa serta ada graphic Nvidia MX150 untuk medium-high gaming. Pasang SSD dan upgrade RAM kepada 8GB ke atas untuk prestasi yang confirm puas hati.

Dell Vostro 5471 – secara peribadi, saya paling suka design laptop Dell Vostro dan sangat sesuai untuk student dan bisnes. Terutama sekali Dell Vostro 5471 warna Rose Gold dan Walnut Brown.  Kualiti binaan produk Dell dan warranty serta customer service Dell pula biasanya amat baik berdasarkan pengalaman. Boleh dikatakan sebagai laptop Dell XPS versi bajet. Cuma sayangnya Dell patut masukkan pilihan graphic Nvidia MX150 dan juga saiz bateri yang lebih besar untuk menandingi Acer Swift 3 SF314-54 yang cemerlang dalam banyak sudut.

Jom kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda!



RELATED POSTS