Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti 2019 di Malaysia – Harga RM2000 – RM3000

laptop terbaik untuk student 2019

Adakah anda mencari laptop terbaik untuk student universiti 2019? Artikel ini saya tulis bagi memudahkan anda membuat pilihan yang bijak dan tepat ketika memilih antara beratus jenis model laptop di pasaran. Kami berpendapat bahawa laptop terbaik untuk pelajar mestilah mempunyai rekaan yang nipis dan ringan, ketahanan bateri sehingga minimum 5-7 jam dan kualiti paparan skrin yang terang dan warna yang tepat. Tiada makna laptop itu mempunyai spesifikasi berkuasa tetapi tebal dan berat, sukar di bawa ke dewan kuliah, library atau ke mana saja, bateri cepat habis atau paparan skrin yang tidak cantik.

Laptop Terbaik 2019 Harga RM2500 Hingga RM3000

laptop terbaik untuk pelajar 2019

1 . Asus Zenbook Flip 14 UM462D-AAI047T (~RM2650)

Laptop siri Asus Zenbook kebiasaanya berharga RM3000 ke atas. Kini dengan adanya alternatif kepada processor Intel iaitu AMD Ryzen, anda boleh memiliki laptop kelas premium pada harga yang jauh lebih mampu milik. Pilihan utama kami sebagai laptop terbaik untuk student ialah Asus Zenbook Flip 14 UM462DA.

Asus Zenbook Flip 14 UM462DA:

  • Processor AMD Ryzen 3500U 4-core 8 thread
  • 8GB RAM
  • 256GB PCIE SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (300 nits 100% SRGB)
  • Touchscreen + Asus Stylus Pen
  • Berat 1.6kg
  • Bateri 42 Whr 3-cell (5-7 jam ketahanan)
  • Keyboard backlit
  • Trackpad kaca
  • Rekaan aluminium + plastik
  • Diuji ketahanan US Military Grade
  • Boleh lipat skrin rata untuk menulis guna pen atau lipat skrin untuk tonton video

Dengan harga sekitar ~RM2650, Asus Zenbook Flip 14 ini pilihan utama kami kerana skrin, 300 nits 100% srgb memudahkan kerja editing photo, video malah menonton movie atau Youtube juga lebih sedap dinikmati di skrin yang terang dan warna yang tepat. Rekaan juga agak baik dan trackpad laptop ini juga diperbuat daripada kaca yang merupakan perkara yang sangat jarang ada pada laptop di bawah harga rm3000.

Fungsi touchscreen dan penggunaan pen stylus juga bonus ekstra yang ada pada laptop ini.

Beli Online Asus Zenbook Flip 14 di Lazada

Beli Online Asus Zenbook Flip 14 di Shopee

 

BACA :  Laptop Gaming Murah dan Terbaik 2019 - Harga Bawah RM3000 - Asus FX505DT GTX 1650

 

laptop terbaik 2019 acer swift 3

2 . Acer Swift 3 SF314-55G-50YA (~RM2700)

Jika anda perlukan laptop nipis, ketahanan bateri yang panjang, skrin yang terang dan warna yang tepat dan tidak perlu fungsi touch screen seperti Asus Zenbook Flip 14, laptop yang sesuai untuk anda ialah Acer Swift 3 SF314-55G.

Nota penting : Terdapat puluhan model Acer Swift 3 yang mempunyai spesifikasi dan harga berbeza. Sila ambil perhatian, copy paste atau catat nama model seperti yang saya tulis dalam artikel ini.

Spesifikasi Acer Swift 3 SF314-55G-50YA:

  • Processor Intel Core i5-8265U 4-core 8-thread
  • Graphic Nvidia Geforce MX250 2GB GDDR5
  • 8GB RAM
  • 256GB SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (300 nits, 100% SRGB)
  • Berat 1.35kg
  • Bateri 48 Wh (ketahanan 6-9 jam)
  • Keyboard backlit
  • Rekaan aluminium
  • Warna Silver atau Red

Sebenarnya agak mengelirukan bila nak pilih model Acer Swift 3 kerana banyak perbezaan antara model SF314-54, SF314-55 dan SF314-56. Pilihan terbaik semestinya SF314-55 kerana dilengkapi skrin FHD IPS 300 nits 100% SRGB yang terang dan warna tepat untuk kegunaan editing. Model ini juga mempunyai graphic card Nvidia MX250 2GB yang berkebolehan memainkan game PC dengan lancar pada resolusi sederhana. Acer Swift ini juga mempunyai ketahanan bateri yang panjang, sangat ringan, rekaan aluminium yang sesuai sebagai pilihan para pelajar.

Beli Online Acer Swift 3 SF314-55G-50YA di Lazada

Beli Online Acer Swift 3 SF314-55G-50YA di Shopee

 

Laptop Terbaik 2019 Malaysia – Harga RM2000 Hingga RM2500

acer swift 3 laptop terbaik 2019 malaysia

3 . Acer Swift 3 SF314-55-54A3 (~RM2500)

Jika anda tidak perlukan graphic card Nvidia MX250 untuk kegunaan gaming, anda boleh dapatkan model Acer Swift 3 ini dengan harga lebih murah dan mempunyai spesifikasi hampir sama cuma model ini menggunakan Intel Graphics. Ketahanan bateri yang panjang dan processor Intel Core i5 8265U, 256GB SSD dan 8GB RAM semestinya sudah cukup laju untuk pelbagai jenis kegunaan harian.

Beli Online Acer Swift 3 SF314-55-54A3 di Lazada

Beli Online Acer Swift 3 SF314-55-54A3 di Shopee


 

laptop murah terbaik malaysia 2019

4 . Asus VivoBook K403F-AEB085T (~RM2500)

Siri Asus Vivobook Ultra K430F merupakan experimentasi terbaru Asus untuk laptop yang nipis, ringan dan ketahanan bateri sepanjang hari. Dengan rekaan aluminium penuh, Vivobook Ultra K403F ini dilengkapi saiz bateri yang sangat besar berbanding laptop lain – 72 wh battery yang menjanjikan ketahan bateri sehingga 24 jam. Penggunaan secara dunia sebenar adalah lebih realistik sehingga 15 jam dan jauh mengatasi laptop lain yang biasanya saiz bateri 42 Wh atau 48 Wh.

Vivobook K403F ini boleh dibeli dalam 2 variasi processor berbeza iaitu Core i3 8145U (2-core) dan Core i5 8562U (4-core). Spesifikasi lain laptop ini ialah trackpad kaca, skrin IPS FHD 1920x1080p 250 nits 55% SRGB, 8GB RAM dan ruang storan yang sangat besar iaitu 512GB SSD. Laptop ini juga ada 2 pilihan warna iaitu Silver Blue dan Petal Pink yang cantik.

  • Processor Intel Core i3-8145U 2-core 4-thread
  • 8GB RAM
  • 512GB SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (250 nits, 55% SRGB)
  • Berat 1.35kg
  • Bateri 72 Wh (ketahanan 12-15 jam)
  • Trackpad kaca
  • Keyboard backlit
  • Rekaan aluminium
  • Warna Flower Blue atau Petal Pink

Jika ketahanan bateri laptop sangat penting bagi dan anda hanya biasa gunakan laptop untuk kerja-kerja menaip, mungkin laptop ini sesuai dengan anda. Ringan, mudah di bawa ke mana-mana dan bateri tahan sepanjang hari. Untuk kerja-kerja editing, kami tetap sarankan pilih laptop processor 4-core dan skrin 300 nits 100% SRGB ya.

Beli Online Asus VivoBook K403F-AEB085T di Lazada

Beli Online Asus VivoBook K403F-AEB085T di Shopee

 

acer aspire 5 laptop murah terbaik malaysia 2019

5 . Acer Aspire 5 A514-52G-58NY (~RM2250)

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad tetapi masih inginkan laptop dengan spesifikasi yang memuaskan, boleh cuba Acer Aspire 5 ini. Spesifikasi boleh tahan laju, cuma RAM hanya 4GB dan skrin 250 nits 55% SRGB jadi kurang sesuai untuk kerja-kerja editing. Kami cadangkan anda untuk upgrade RAM ke 8GB minimum untuk kelancaran operasi.

Spesifikasi Acer Aspire 5 A514-52G-58NY :

  • Processor Intel Core i5-8265U 4-core 8 thread
  • Graphic Nvidia Geforce MX250 2GB GDDR5
  • 4GB RAM
  • 256GB SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (250 nits 55% SRGB)
  • Berat 1.7kg
  • Bateri 48 Whr 3-cell (6-9 jam ketahanan)
  • Warna Hitam atau Biru
  • Rekaan plastik

Beli Online Acer Aspire 5 A514-52G-58NY di Lazada

Beli Online Acer Aspire 5 A514-52G-58NY di Shopee

 

Laptop Terbaik 2019 Malaysia – Harga Bawah RM2000

laptop terbaik bawah rm2000 acer swift ryzen 3500u

6. Acer Swift 3 SF314-41-R0CS/R2YE (~RM1899)

Acer Swift 3 variasi ini hadir dengan spesifikasi yang sedikit “downgrade” dari segi RAM (4GB RAM) dan skrin FHD hanya 250 nits dan 55% SRGB. Tetapi dengan harga RM2000, prestasi dan rekaan laptop ini masih boleh dianggap bagus.

  • Processor AMD Ryzen 3500U 4-core 8 thread
  • 4GB RAM
  • 256GB SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (250 nits 55% SRGB)
  • Berat 1.5kg
  • Bateri 48 Whr 3-cell (6-8 jam ketahanan)
  • Rekaan aluminium

Beli Online Acer Swift 3 SF314-41-R0CS/R2YE di Lazada

Beli Online Acer Swift 3 SF314-41-R0CS/R2YE di Shopee

 

laptop bawah rm2000 terbaik untuk student universiti

7. HP 14S-DK0108AU (~RM1899)

HP Pavilion 14 Ryzen 3500U ini hadir dengan processor 4-core, 256GB SSD dan rekaan yang moden dan sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan. Bagaimanapun, skrin laptop ini hanya sekadar ~250 nits, 55% SRGB dan kapasiti RAM ialah 4GB. Kami cadangkan anda untuk upgrade RAM ke 8GB minimum untuk kelancaran operasi.

  • Processor AMD Ryzen 3500U 4-core 8 thread
  • 4GB RAM
  • 256GB SSD
  • 1920x1080p 14″ FHD IPS (250 nits 55% SRGB)
  • Berat 1.47kg
  • Bateri 45 Whr 3-cell (5-7 jam ketahanan)
  • Rekaan aluminium + plastik

Beli Online HP 14S-DK0108AU di Lazada

Beli Online HP 14S-DK0108AU di Shopee


Kami harapkan senarai laptop ni dapat membantu anda buat pembelian laptop dengan bijak. Tak perlu lagi susah-susah buat research mengenai spec, berat, IPS panel, material laptop kerana semua sudah kami sampaikan dengan ringkas tapi tepat. Jom kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda!



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply