Cara Membuat Pembelian Secara Installment di Lazada, 11street Dan Senheng

lazada-installment-plan

Pernah tak anda nak beli barang secara online tetapi belum mampu untuk beli secara tunai atau tidak mahu menambahkan beban hutang kad kredit? Pembelian secara installment membolehkan anda mendapatkan sesuatu barang secara bayaran bulanan dengan kadar 0% interest dan tanpa sebarang deposit, asalkan anda mengikut cara yang betul. Beberapa laman ecommerce di Malaysia seperti Lazada, 11street dan Gemfive membenarkan pembeli membuat pembayaran secara ansuran bulanan dalam tempoh 6 bulan hingga 24 bulan.

Sekiranya anda berminat, jom ikuti tutorial ringkas ini mengenai cara membuat pembelian secara installment di Lazada, 11street dan Gemfive.

Lazada Installment Plan Tutorial

lazada-malaysia-installment-plan

Di Lazada, hanya SKU terpilih dengan harga di atas RM500 sahaja layak dibeli menggunakan installment plan. Anda memerlukan kad kredit Maybank VISA atau Maybank MASTERCARD untuk checkout. Maybank AMEX dan Maybank Debit Card tidak dibenarkan. Manakala tempoh installment plan pula terhad kepada 6 bulan dan 12 bulan sahaja.

lazada installment plan credit card

Update : Mulai pertengahan Februari 2018, saya nampak Lazada kini membenarkan penggunaan voucher diskaun semasa membuat pembayaran secara installment. Berita baik.

Beli Barang Secara Installment di Lazada

11street Installment Plan Malaysia

11street-installment-plan-review

11Street installment plan terbuka kepada pemilik kad kredit Public Bank (VISA / MASTERCARD), Maybank (VISA/MASTERCARD/AMEX). Minimum pembelian ialah RM500 dan tidak terhad kepada SKU tertentu. Installment plan bermula 6 bulan sehingga 24 bulan bagi Maybank Card dan 6 bulan hingga 36 bulan bagi Public Bank Card.

Penggunaan voucher atau discount code dibenarkan semasa membuat pembelian secara installment plan.

Beli Barang Secara Installment di 11street

Senheng Installment Plan Malaysia

senheng installment malaysia

Jika anda ingin mendapatkan produk elektrik secara online, maka Senheng adalah tempat yang sesuai untuk anda membuat pembelian. TV, Aircond, mesin basuh, alatan dapur serta pelbagai jenis gajet seperti iPhone, smartphone Android ada dijual di laman Senheng online.

Senheng menawarkan pembelian installment menggunakan Credit Card Maybank, American Express, HSBC dan Public Bank sehingga tempoh 24 bulan.

Beli Barang Secara Installment di Senheng

Gemfive Installment Plan Malaysia

gemfive-installment-plan

Gemfive juga hanya membenarkan SKU terpilih sahaja bagi pembelian secara installment plan dan memerlukan kad kredit Maybank (VISA/MASTERCARD/AMEX) dengan plan 6 bulan dan 12 bulan.

Penggunaan voucher atau discount code tidak dibenarkan semasa membuat pembelian secara installment plan.


Cara Pembayaran Installment Menggunakan Credit Card

maybank-installment-statement

Bagi pengguna kad kredit Maybank, pembelian secara installment di Lazada, 11street dan Gemfive adalah menggunakan kaedah Ezypay iaitu 0% interest. Pastikan anda baca penyata kad kredit anda setiap bulan dan jelaskan bayaran bagi mengelakkan dikenakan caj interest.

Sebagai contoh, statement di atas merujuk kepada pembayaran bulan ke 2 bernilai RM157.92 dan perlu dijelaskan selama 12 bulan.


maybank2 gold card malaysia

Belum mempunyai credit card? Nak cara mudah beli barang secara installment?

Apply Credit Card Maybank Secara Online

Tiada caj tahunan dan mudah lulus dengan pendapatan RM2500 sebulan. Credit Card Maybank boleh buat installment 0% interest dengan mudah di Lazada, 11street, Gemfive, Shoppu, Senheng dan banyak lagi berbanding credit card bank lain. Apply secara online dengan mudah.

Nasihat saya gunakan installment plan untuk membeli barangan keperluan dan bukan barangan untuk show-off. Elakkan menambah beban hutang selagi mampu. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen ya!



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

97 thoughts on “Cara Membuat Pembelian Secara Installment di Lazada, 11street Dan Senheng

  1. kalau buat installment ni,adakah bank akan tolak kredit kad ikot harga barang atau potong ikot bulanan? contoh sy beli barang harga 600 selama 6 bulan.. bank akan tolak teros 600 atau.. bulan pertama tolak 100 sampai la 6 bulan.. mcm tu? terima kasih..

    • dalam statement bank, 600 tu akan split kepada 6 bulan.
      so dalam statement akan naik RM100 (001/006) camtu la dan kena setel tetiap bulan untuk elak kena interest

  2. so if dalam statement dah keluar macam yg tertera kat atas ni , just bayar je lah ye amout yg ditunjukkan ? kalau contoh amaun rm100 , boleh ke bayar rm250 (campur dengan if ada pape transaksi lain) . or mmg kena buat separate ?

  3. bila buat installment ni , barang akan dihantar pada bulan pertama atau kena tunggu habis bayar dulu ? , dan duit akan dipotong ikut kadar yg ditetapkan ? contoh beli barang 1200 . installment 120/bulan . duit akan potong 1200 atau 120 . terima kasih

    • barang akan hantar once transaction dikira complete. start bayar bila transaction dah naik dalam credit card statement.
      bayaran per bulan ialah 1200 / 12 iaitu rm100 sebulan selama setahun.

  4. Untuk installment ni, untuk every month kita kena bank in kan duit atau bank tu memang dah siap2 tolakkan secara automatic every month? Terima kasih

  5. macam mna kita nk tahu berapa yg perlu kita byar setiap bulan, ? satu lagi, proses tolak duit dalam akaun credit card ambil tempoh dalam 7 hari ker, ? ….bank akan hntar statement card credit ker.

    • statement credit card boleh check online ikut website bank contoh maybank2u. boleh set statement untuk hantar ke email jugak.
      berapa perlu bayar setiap bulan tu, contoh barang harga rm2000, ambik term 12 bulan so 2000 / 12 = rm167

  6. Kalau buat installment dalam 6bulan barang yang kita order tu sampai bila nya? Selepas selesai bayar installment 6bulan ( kena tunggu 6 bulan ke ) atau barang sampai terus ikut tempoh masa 3 – 5 hari setelah selesai buat pembayaran bulan pertama ni..

  7. Klu dlm kad kredit ade Rm500, then nak beli product berharga 1k atau 3k ke atas, dia tolak harga bulanan atau mmg tak boleh beli lngsung?

    • Kalau kredit limit ada baki lagi RM500, takleh beli barang lagi mahal dari nilai kredit limit tu. Setel dulu balance hutang CC then baru boleh teruskan pembelian baru

  8. Mcm contoh atas yg awk bg tu… “Sebagai contoh, statement di atas merujuk kepada pembayaran bulan ke 2 bernilai RM157.92 dan perlu dijelaskan selama 12 bulan.”

    contoh sy plak, kalau kite beli brg harga 2000 utk 12 bulan = RM167 sbulan.. Boleh ke sy byr lebih contoh bayar RM300 dr nilai yg spatutnye di bayar rm167. Dgn lebihan byr tempoh bayaran bulana td akan menjadi singkat atau mmg kena byr RM167 selama 12 bulan tu?

    Mohon pencerahan.. TQ

    • Kalau nak bayar lebih atau nak setel awal pembelian installment yang pakai credit card, awak boleh contact Maybank Customer Service dan mereka akan bagi details camne nak buat.

  9. kalao pakai installment plan dekat Lazada/ 11street, bank ada caj processing fee tak? macam certain kedai kat luar, bank akan caj 5% to 10% of processing fee.

  10. Oooo ok dah faham, kalau salah mohon betulkan yer. contoh beli barang 600. Installment utk 6 bulan, sebulan 100.

    Bank akan reserve 600 dari kredit limit kita utk dibayar kepada Lazada setiap bulan. Maknanya jika kredit limit kita 2000, selepas transaksi kredit limit kita akan tinggal 1400.

    Interest : interest akan wujud bila kita lewat bayar kepada bank, caj ini dikenakan oleh bank dan bukan daripada Lazada kerana bank bayar on-time kepada Lazada. Sama mcm bayaran kad kredit biasa, bank caj bila lewat byr. Jd pastikan kita tahu tarikh Installment pertama, sebab biasa bulan2 berikutnya tetap menggunakan tarikh yg sama.

    Nota : Jumlah kredit limit mesti lebih tggi dari harga barang.

  11. kalau macam tak pernah buat pembelian online macam mana nak buat , dan hargai ip tu Rm1+++ bulan2 dia akn tolak Rm99.90

  12. Ade kesalahan sikit.. 11 street public bank smpai 36 months with minimum products bernilai rm500..

    Sy nak tnya, kalau sy buat public bank installments for ip harga rm4000, adakah dia akan LOCK rm4000 dalam public bank saye dan tk bole pakai langsung duit tersebut?? Bcus i dont see the point buat installment kalau dia lock amount tu and i cannot use the money for other things.

    • Ok noted. PB support sampai 36 months.

      Kalau beli barang harga RM4000, first month saja dia akan allocate 4000 tu dalam credit limit, next billing date dalam statement dia akan jadi 4000 / 12, 4000 / 24 or 4000 / 36.

  13. Hey admin, tumpang tanye, saya tk berapa nk faham abt this things lah, contoh lh if saya purchase phone worth rm 3500, then means at the first month dia akan hold kita punye duit dlm bank exact amount bende yg kite purcahase tu ke? So tk blh usik langsung lh rm3500 tu? Mcmtu?

    • Hi. Kalau credit limit your CC tu RM4k, once buat purchase RM3500, untuk bulan tu cc akan guna allocation RM3500 until the next billing date.

      So barang RM3500, beli installment 12 months = RM291.67. First month, CC akan consume credit limit RM3500, next billing date CC akan consume credit limit RM291.67 plus CC commitments lain.

  14. viii. Each Credit Card Instalment Scheme will be charged a processing fee of RM 79 by the relevant Credit Card company. This fee shall not be refundable, even if the purchase transaction is terminated, regardless of the reason of termination.

    Jumpa ini dalam T&C Lazada. Betul ke ada caj ni??

  15. Maaf kurang faham. Jika kita bli ansuran di 11street berharga rm1000 dam bulan rm 99 .menggunakan public bank. Bermakna dalam akaun kita mesti da rm1000 atau macam mana

  16. Hi Admin,
    Sy ada 2 soalan nak tanya..
    1) Sekiranya saya dah buat installment yang pertama.. boleh kah sy buat installment yang kedua.. atau saya kena settlekan installment pertama sy dulu baru boleh buat yang kedua?

    2) Katakan lah installment pertama tu saya buat RM4k x 24 months. Bila genap setahun, saya ada duit untuk selesaikan baki 12 bulan tu.. Bolehkah saya bayar hutang full untuk baki tu semua?

    • boleh. asalkan credit card maybank dan ada credit limit yang mencukupi – contoh credit limit maximum rm4k, boleh beli barang nilai maximum RM4k juga.

  17. Salam admin, kalau saya beli laptop kat lazada rm3700 pastu buat installment x12 bulan dengan maybank2u ikhwan. Dah 2 minggu xde pun lg penyata keluar bila sy cek kat maybank2u.Berapa hari baru dia keluar statement tu? And kalau sy nk bayar full payment boleh ke?

  18. Hai.. kalau kite dah buat installment bulanan rm100, pihak kad kredit ada change ape2 ke? Cth: yuran tahunan atau possessing fee.

  19. Hi,

    Contoh sy nk beli macbook harga rm10444, so sy kena mmg kna ada amount tersebut dlm bank ke? sy bole byr bulan², tapi kalau nk kena ada terus rm10444 tu mmg tak la…

    • Amount nak beli tu kena tengok credit card credit limit. Kalau credit limit RM20k, boleh la beli macbook installment RM10444 tu. Kalau credit limit credit card RM3000 atau RM4000, beli laptop Asus Acer Dell HP Lenovo je lah

  20. Hi, klu beli brg secara installment dah approve, skrg tunggu processing. Tapi dia orang last minute terpaksa cancel sbb brg x smpi dlm tempoh dibagikan. So Lazada masih caj instment lagi x? Skrg i pun buat order baru melalui instalment baru.
    Adakah dia orang caj dua kali?

  21. salam bang nak tanya, saya nak beli iphone 6s kat lazada menggunakan credit card maybank. Installment dia rm107 0%interest cmtu untuk 12 bulan. so setiap bulan bayar rm 107 ke ? atau interest dia akan naik untuk bulan ke 2 atau 3 camtu.

    • barang tu sampai lepas succesfully place order. sama je macam beli barang kat kedai pakai credit card. yang penting bulan2 kena bayar based on statements bank

  22. Tumpang bertanya..jika kita guna card credit ikhwan islamic maybank tu untuk 0% interest di Lazada ,11street dll boleh ke?or installment tu utk card credit gold platinum biasa sahaja..terima kasih

  23. Okay admin, saya nak tanya pendapat admin.. kalau harga barang yang saya nak buat installment tu dalam 8k kebawah, agaknya kad kredit yang jenis macam mana yang perlu saya pilih, dan berapakah limit kreditnya.. details admin

  24. Okay admin, saya nak tanya pendapat admin.. kalau harga barang yang saya nak buat installment tu dalam 8k kebawah, agaknya kad kredit yang jenis macam mana yang perlu saya pilih, dan berapakah limit kreditnya

  25. admin, nk tanya, macam nk buat pembelian dekat senheng, untuk 12 bulanan punya installment dia ada cakap handling fee rm25. maksudnye bulan2 kena bayara installment + handling fee ke?

    • Not sure senheng punya TnC kalau installment online atau installment dekat kedai sama ke tak policy diorang. Tapi biasanya handling fee tu first time je kena bukan tiap2 kali bayaran. Sebab tiap2 bulan bayaran tu kalau guna credit card kita bayar kat bank bukan kat senheng.

    • Kalau kat senheng mmg ade handling fee..setahun rm25..klau 2tahun n 3tahun lain pulak caj die…tp bkn tuk tiap2 bulan…25 tu tuk setahun…jadi kalau kita beli brg hrga 2000, jd kita kne byr 2025..die caj dlm bil kita..

Leave a Reply