Tahukah anda, Lazada kini telah memberikan pelanggan mereka pilihan untuk membuat pembayaran menggunakan 7-Eleven selain daripada Online Banking, kad debit, kad kredit dan sebagainya.
Ini sangat memudahkan pengguna Lazada terutama mereka yang tidak mempunyai akaun online banking dan juga tidak biasa menggunakan kad debit atau kad kredit. Anda boleh mengikuti panduan ringkas ini untuk langkah beli di Lazada Malaysia dan bayar di 7-eleven.
Beli Barang Di Lazada Malaysia – Pilih 7-Eleven Sebagai Payment Method
Pertama sekali, login akaun Lazada dan pilih item yang anda hendak beli. Contohnya, anda hendak beli McDodo Powerbank 18W Fast Charging iPhone Android seperti gambar di atas. Boleh klik butang di bawah untuk mencuba;
Untuk asas membeli di Lazada boleh rujuk artikel ini : Cara Beli di Lazada Malaysia (Panduan Lengkap).
Untuk kaedah pembayaran, pilih Cash at 7-Eleven. Masukkan nama, alamat penghantaran dan nombor telefon di ruangan Shipping dan Billing Address.
Anda akan dapat Transaction ID dan Verification Code yang unik kepada Order Number anda. Anda boleh print atau screenshot kod ini.
Lazada 7-Eleven – Cara Buat Pembayaran di Kedai 7E
Jika lupa printscreen, anda boleh dapatkan bar code dan verification code di dalam inbox email anda.
Untuk membayar, pergi ke kaunter di kedai 7-Eleven berdekatan dan tunjuk kod yang telah anda print atau screenshot. Pembayaran adalah secara tunai dan perlu dibuat dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat order di Lazada.
Lazada hanya akan proses order anda setelah pembayaran di buat.
Contoh resit setelah pembayaran Lazada dibuat menggunakan MOLPAY di 7-Eleven.
Mudah sahaja beli dan guna payment method Lazada 7-Eleven kan?
Kongsi dengan rakan anda di FB, Twitter dan Whatsapp sekiranya anda rasa ia sangat berguna.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Nazeef
Lepas buat payment di 7eleven mcm mana nk inform kt lazada payment sudah dibuat..atau bile payment kt 7e ..lazada da automatically tau payment sudah disettlekan?
Einz
tak perlu inform. bila bayar je kat lazada, system diorang auto update based on payment, transaction ID dan order number
Nazeef
Ok thanks..
HafizHashim
Ada had RM tak cara perbayaran 7e ? Contoh rm2000 boleh ke bayar di 7e?
Einz
Rasanya barang2 harga mahal (contoh RM1000 ke atas tak leh buat pembyaran di 7e)
better guna debit card, credit card or online banking untuk beli barang nilai besar
Mirul
Kalau screenshot just bawa fon and tunjuk kt cashier?
Daniel
kalau bayar kt 7e guna debit card boleh?
Einz
Takleh. Cash saja
Pet
Mcm mna mo cancel order d lazada yg suda dibyr secara cash di seven eleven?
Fara.N. Ayu
Screenshot lepastu tunjuk kat cashier dan terus bayar ke
Nurul najiah
Klau xbyar dlm tempoh 48jam automatik pembelian batal ke?
hamdan
soo kirenye skang saye tunggu barang sampai jela….bab saye dah bayar kat seven e
aminah
saya dah buat pembayaran tapi sudah lepas 48 jam , macam mne tu ye? dan xdapat barang tu lagi smpai sekarang
Einz
try check status order from time to time. kalau barang tak dapat2 jugak, cuba follow up dengan customer service lazada di fb or via email
Zahir
Lazada tak kasi bar kod tu pun….serabut nak bayar mcm mana nii
Einz
check dalam order atau email. kalau takde gak, abaikan order tu, buat order yang baru dan bayar order baru tu je
Adammm.s
Admin, boleh tk klw dh bayar duit dkt 7e yg berdekatan tpi nk cancel and nk refund duit balik? Adakah boleh?
matnor
admin…sya sdh buat pmbyaran d lazada…skali nk masuk kod 16 digit xble…sebap ko d resit 7E cuma 14…so syg masuk kn digit “00” didepan 14digit yg kat resit 7E…mcm tu…berjaya tau x bayaran sya tu…
hanif
Macamna kalau saya lupa nk nk screen shot atau print kod bar dan kod bar hilang.nk bayar macmana?blehkah guna mklumat yg ada dlm mesej inbox yg dihantar lazada?
Nor Afizah Binti Osman
Saya dah buat pembayaran di 7e, pembelian saya 3 barang jadi bila 2 barang ni smpi pada hr yg sama , satu tu sampai , tp satu lg tu saat2 akhir sy tengok di tracking pnghantran gagal, so sy try call costemer centre tp call berpuloh kali x dapt ..mcm mne sy nk buat?
Mimie
kalau kita order kat laptop and then dia bagi kod QR , kalau kita tangkap gambar kod tu guna camera phone je diorang boleh scan ke ?
Rasyiqah Aqilah
Lps byr tu,saya cek kat lazada, still tulis unpaid kat order. .. Mmg mcm ni ke??
Tyra
Saya pon sama.. lepas buat pembayaran pstu saya cek lazada still tulis unpaid so mcm mne tu.
Nonong
Pekerja tu boleh nampak tak ape yg kita beli tu?
Lily
Saya nak cancel dan ambik refund payment 7 e tunjuk kan cara
Einz
nak refund bukan mintak dengan 7e, kena cancel order dalam app/web shopee