lenovo legion y520 malaysia



Lenovo telah melancarkan siri gaming laptop baru dengan nama ‘Legion’ awal Januari lepas semasa CES 2017 berlangsung. Laptop Lenovo Legion akan bersaing dengan siri gaming laptop Asus ROG, Dell Inspiron 15, HP Pavilion Gaming, HP Omen, Acer Black dan sebagainya. Fokus bagi laptop Lenovo Legion ialah spesifikasi bagus pada harga yang sangat kompetitif.

Kini, dua laptop siri Legion iaitu Y520 dan Y720 telah tiba dan sudah mula dijual di pasaran Malaysia. Lenovo Y520 dijangka akan menjadi pilihan ramai pengguna kerana harga yang ditawarkan bermula RM3299 dengan processor Intel Core i5 7300HQ (quad-core) dan graphic Nvidia GTX 1050.

Lenovo Legion Y520 Malaysia

Lenovo Y520 mempunyai pelbagai variasi mengikut harga. Model Y520 yang asas dilengkapi skrin Full HD 1920×1080 IPS, backlit keyboard merah dan graphic Nvidia GTX 1050. Manakala model paling mahal dilengkapi SSD 128GB, processor Intel Core i7 7700HQ dan graphic Nvidia 1050 Ti.

Jika anda minat bermain game, kombinasi Intel Core i5 quad-core dan graphic Nvidia GTX 1050 sudah cukup padu dan lebih berkuasa dari GPU generasi lepas seperti Nvidia GTX 960M dan 950M. Skrin besar 15″ dan menggunakan skrin IPS adalah kelebihan untuk anda membuat kerja produktiviti seperti edit gambar dan video.

Dari segi harga, agak murah juga Lenovo Y520 berbanding pesaing tetapi nak lagi sedap; upgrade storage kepada SSD dan upgrade RAM sekiranya anda membeli model asas RM3299.

lenovo y520 price malaysia

Paling murah saya jumpa Lenovo Y520 ini pada harga RM3140, boleh beli melalui link ini: Lenovo Legion Y520



RELATED POSTS