macbook rose gold

Apple pada hari ini telah mengumumkan Macbook 12″ generasi baru, sedikit mengejutkan kerana tiada acara khas diadakan bagi pelancaran laptop ultra nipis ini. Masih mengekalkan rekaan asal, Macbook 12″ ini kini boleh dibeli dalam 4 pilihan warna iaitu – Gold, Silver, Space Gray dan paling terbaru Rose Gold.

Macbook 12″ Rose Gold

macbook 12 rose gold

Macbook 12″ generasi baru ini kini dilengkapi cip Intel Skylake Core M dan bakal pembeli boleh memilih antara 3 variasi processor iaitu Core M3, Core M5 dan Core M7. Bagi yang kurang jelas, siri Core M merupakan cip kuasa rendah (low-power) dan walaupun tidak selaju cip Intel Core i5 dan i7 yang digunakan laptop biasa, ia sudah cukup laju untuk kegunaan pejabat serta kasual.

Ketahanan bateri juga dipertingkatkan kepada 10 jam berbanding 9 jam pada Macbook generasi lepas. Namun, Apple masih mengekalkan port USB Type-C tunggal dan tiada port tambahan yang mungkin mengecewakan segelintir peminat laptop jenama Apple.

Apple Store Malaysia buat masa sekarang belum lagi mengemaskini harga terbaru Macbook ini dan saya jangkakan harga tidak banyak berubah berbanding model lama. Jika anda berminat mendapatkan Macbook Air generasi baru, tiada khabar berita mengenai MBA dan bagi Macbook Pro Retina pula anda perlu tunggu sehingga pertengahan atau hujung tahun ini.

Apa pendapat anda mengenai Macbook 12 Rose Gold baru ini?

Sumber : Apple Store 



RELATED POSTS