Macbook Pro Dengan Cip Intel Core i9 Dilaporkan Panas Dan Lebih Perlahan Daripada Core i7 Akibat Thermal Throttling

macbook pro core i9 overheat

Minggu lepas Apple telah melancarkan Macbook Pro generasi baru untuk tahun 2018. Antara model yang mencuri perhatian ialah Macbook Pro 15″ dengan cip Intel Core i7 6-core dan juga pilihan untuk upgrade ke processor Intel Core i9 6-core.  Secara teori, Macbook Pro dengan cip 6-core i9 ini mempunyai keupayaan yang jauh lebih pantas dan berkuasa berbanding model sebelumnya dan juga sepatutnya lebih laju daripada model Core i7 6-core, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Macbook Pro Dengan Cip Intel Core i9 Dilaporkan Sangat Panas Dan Lebih Perlahan Daripada Core i7

Youtuber Dave Lee telah membuat ujian yang teliti dan mendapati model Macbook Pro dengan cip i9 6-core mengalami masalah “thermal throttling” iaitu bila Macbook menjadi terlebih panas (overheat), keupayaan processor akan menurun. Cip Intel Core i9 ini mempunyai base clock 2.9 Ghz dan boleh boost kepada 4.1 Ghz, tetapi akibat “thermal throttling” clock speed menurun kepada di bawah base clock 2.9 Ghz ketika menjalankan aplikasi berat. Untuk membuktikan bahawa masalah thermal throttling ini wujud dan bukan di-ada-adakan, Dave Lee telah meletakkan Macbook Pro barunya itu ke dalam peti sejuk dan mendapati tiada penurunan prestasi.

Ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan kerana Macbook Pro dengan cip i9 adalah sangat mahal dan ditambah lagi dengan kontroversi butterfly keyboard pada Macbook Pro touchbar generasi 2016 dan 2017 yang menyebabkan sebilangan besar komuniti pengguna Apple berang.

macbook pro i9 overheat

Carian kami di web Apple Malaysia menunjukkan model Macbook Pro dengan cip i9 6-core berharga RM11,599.00. Diharapkan Apple segera menjelaskan isu overheating ini kerana ia boleh menjatuhkan imej Apple sebagai syarikat teknologi terbaik dunia yang mementingkan kualiti dan kepuasan pengguna.

Apa pendapat anda?

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply