- 1.2Kviews
- 7
Berita baik kepada pengguna internet Malaysia yang ingin memasang internet unlimited data, Maxis kini telah menawarkan pelan Maxis One Go Wifi baru dengan harga RM138 sebulan. Sebelum ini, pelan Maxis One Go Wifi yang hadir dengan kuota data sebanyak 65GB. Ini sekaligus menjadikan pelan baru Maxis ini sebagai alternatif kepada Digi Infinite 150 dan Unifi Air RM79.
Maxis One Go Wifi Unlimited Data
Bagi yang berminat untuk melanggan pakej ini, Maxis akan membuka pendaftran bermula 28 Mei 2020. Bagi pelanggan Maxis One Go yang sedia ada, anda akan menerima peningkatan kepada pakej unlimited data kuota juga pada yang sama.
Harga Pakej Maxis One Go Wifi
Harga langganan pakej Maxis One Go Wifi Unlimited RM138 sebulan dengan kontrak selama 12 bulan sekiranya anda melanggan pakej bersma 4G LTE Modem Maxis.
Bagi pelanggan yang mempunyai pelan postpaid Maxis, anda hanya perlu membayar sebanyak RM108 sebulan.
Maxis juga menawarkan pakej tanpa modem (hadir dengan SIM-card sahaja) dengan harga deposit sebulan tambahan dan akan direbatkan ke dalam bil bulan pertama. Tiada kontrak bagi yang memilih pelan SIM-card sahaja.
Maxis One Go Wifi Unlimited Data Speed Test
Akan dikemaskini…
Perbezaan Maxis One Go Wifi Unlimited Data dengan Unifi AIr dan Digi Infinite 150
Maxis One Go Wifi | Unifi Air | Digi Infinite 150 | |
Band | Band 5, 38, 40 (850MHz, 2600MHz, 2300MHz) | ||
Peranti yang disokong | Smartphone, 4G LTE Router, MIFI | Smartphone, 4G LTE Router, MIFI | Smartphone, 4G LTE Router, MIFI |
Call/SMS/Data | Data sahaja | Data shaja | Call/SMS/Data |
Harga | RM138 RM108 (Pelanggan pelan postpaid Maxis) | RM79 (harga promosi) RM129 (harga asal) | RM150 |
Kontrak | 12 bulan (pakej modem) Tiada kontrak (simkad sahaja) | 24 bulan (pakej modem) Tiada kontrak (simkad sahaja) | Tiada kontrak (simkad sahaja) |
Kelajuan | 20 Mbps+ | 20 Mbps+ | 20-100 Mbps |
Cara Langgan Maxis One Go Wifi Unlimited Data 138
Pendaftaran pelan ini akan dibuka pada 28 Mei 2020. Klik butang di bawah untuk ke website Maxis.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 1.2Kviews
- 7
Ammar
Maxis one Go WiFi atau Unifi Air speed yg better?
Einz
Tunggu user review dulu, sebab maxis one go yang masih unlimited data masih baru.
Biasanya Maxis/Celcom/Digi speed lagi better dari Unifi Air. Cuma unifi air je paling termurah
Jamil
Kalau ambil pakej sim sahaja dengan deposit sebulan tambahan, guna sebulan selepas tu nak terminate, deposit yang sebulan tu kira macam mana? Hangus juga ke?