Meizu M1 Note merupakan peranti pertama berjenama Meizu yang pernah saya guna dan juga merupakan pengalaman kali pertama saya menggunakan Flyme OS. Sebelum ini, saya juga biasa mengendalikan MIUI pada peranti Xiaomi Mi3 milik saya dan juga CyanogenMod pada peranti OnePlus One milik adik saya.
Ulasan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan Meizu M1 Note selama seminggu.
Meizu M1 Note Review
Spesifikasi Meizu M1 Note FHD | |
Paparan Skrin | 5.5” 1080×1920 (1080p 403 ppi), IGZO display |
Processor | Octa-core 1.7 GHz Mediatek MT6752 64-bit SOC |
RAM | 2GB RAM |
Kamera | Belakang : 13 Megapixel (saiz sensor 1/3.06” aperture F2.2)Depan : 5 Megapixel |
Sambungan Network | Dual-SIM, support LTE |
Kapasiti Bateri | 3140 mAh |
Ruang Storan | 16 GB atau 32GB terbina dalam, tiada storan memory card |
Sistem Operasi | Flyme OS, berasaskan Android KitKat 4.4.4 |
Harga Saranan | RM 739 untuk model 16GB, RM 899 untuk model 32 GB |
Gambar-gambar Meizu M1 Note di artikel sebelum ini.
Meizu M1 Note Review – Screen/Display
Meizu M1 Note boleh dikatakan dalam kategori phablet kerana mempunyai saiz skrin sebesar 5.5″ dan competitor terdekat bagi M1 Note dari segi saiz dan harga ialah Xiaomi Redmi Note 4G. Kebiasaan smartphone pada harga kelas pertengahan ini hanya menggunakan skrin resolusi 720p, tetapi Meizu mengambil langkah bijak kerana memuatkan skrin resolusi tinggi iaitu 1080×1920 dan hasilnya skrin pada M1 Note sangat terang dan ‘tajam’. Pandangan sisi (viewing angle) juga bagus.
Peranti | Skrin | Teknologi |
Meizu M1 Note | 5.5” 1080×1920 | IGZO |
Xiaomi Redmi Note 4G | 5.5” 720×1280 | IPS |
iPhone 6 | 4.7” 750×1334 | IPS |
iPhone 6+ | 5.5” 1080×1920 | IPS |
OnePlus One | 5.5” 1080×1920 | IPS |
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan smartphone dalam senarai di atas, kualiti skrin pada Meizu M1 Note jauh mengatasi Redmi Note 4G dan tidak jauh bezanya dengan smartphone yang berkelas tinggi seperti Oneplus One dan iPhone 6/6+.
Meizu M1 Note Review – Flyme OS
Flyme OS merupakan custom OS berasaskan Android 4.4.4 yang dibangunkan oleh pihak Meizu sendiri. Menurut GSMArena, kemas kini Android 5.X Lollipop akan dilancarkan tidak lama lagi untuk peranti menggunakan Flyme OS. Ada beberapa perkara yang saya suka mengenai Flyme OS yang membezakan custom ROM ini dengan custom ROM daripada pengeluar lain.
1. Flat / Modern UI – antaramuka kemas dan launcher yang ringan. Play Store sudah terpasang dan aplikasi sedia ada seperti Browser, Music, File Explorer mempunyai rekaan UI yang menarik.
- Gestures – seperti tap-to-unlock dan juga tap home button untuk lock (anda boleh refer video di atas). Untuk multitasking juga menggunakan swipe gestures.
-
Root – sangat mudah, hanya perlu login akaun Flyme OS dan set System Privileges kepada Open (refer gambar di bawah). Tak perlu install APK, tak perlu guna sebarang tools di komputer.
Meizu M1 Note Review – Performance
“Ala, mediatek…tak best lah”.
Pernah mencuba dan memiliki pelbagai peranti dengan processor Qualcomm Snapdragon, membuatkan saya mempunyai sedikit pandangan negatif kepada processor Mediatek yang biasanya digunakan oleh pengeluar smartphone dari China.
Tetapi, pengalaman menggunakan M1 Note ini mengubah sedikit pandangan saya mengenai processor Mediatek.
Day-to-day operation, melayari web, bermain games…boleh dikatakan hampir setaraf dengan processor berkelas high-end daripada Qualcomm. Cuma, processor Mediatek agak panas sedikit selepas melakukan benchmark dan bermain games untuk seketika. Dan kalau anda gemar menggunakan emulator atau suka flash custom ROM, mungkin Qualcomm pilihan yang terbaik kerana mempunyai cip yang lebih mesra developer.
Meizu M1 Note pada asalnya menggunakan profil Balance, anda boleh ubah kepada Power-saving atau High Performance di dalam setting.
Benchmark : Xiaomi Mi3 (Snapdragon 800, 2GB RAM) vs Meizu M1 Note (Mediatek 6572, 2GB RAM)
Perbandingan antara Xiaomi Mi3 (Snapdragon 800) dengan Meizu M1 Note (Mediatek MT6752)
Xiaomi Mi3W : Antutu 36157 | Meizu M1 Note : Antutu 39871
Meizu M1 Note Review : Camera
Kamera 13MP pada M1 Note mempunyai kelajuan autofokus yang agak baik serta kualiti gambar yang boleh tahan, cuma kadang kala warna gambar tidak tepat dan sering kali juga underexposed.
Anda boleh lihat sampel gambar dan perbandingan dengan iPhone 6.
Aplikasi kamera sedia ada mempunyai pelbagai fungsi seperti Auto, Manual, Beautify dan sebagainya. Secara ringkasannya, kualiti gambar kamera Meizu M1 Note adalah sederhana, perlukan sedikit skill dan pencahayaan yang baik untuk dapatkan shot yang cantik.
Meizu M1 Note – Battery Life, Speaker dan Lain-lain
- Ketahanan bateri – pada M1 Note agak memuaskan – kapasiti 3140 mAh cukup untuk penggunaan seharian penuh (menggunakan mod Balance dan Auto-brightness). Anda boleh memilih untuk install aplikasi yang memerlukan root seperti Greenify untuk dapatkan ketahanan bateri yang lebih.
- Speaker – loudspeaker sedikit lemah, walaupun saya dah set kepada volume penuh.
- M1 Note menyokong USB-OTG dan juga wireless display (Miracast). USB-OTG agak berguna bagi mereka yang membeli model 16GB.
Meizu M1 Note Review – Ringkasan
Pada harga RM739 untuk model 16GB, Meizu M1 Note merupakan phablet mampu milik yang mampu memuaskan hati bagi mereka yang ingin memiliki telefon pintar berskrin besar, kualiti kamera dan ketahanan bateri yang okay, serta menyokong dual-SIM dan LTE. Prestasi peranti dan OS juga lancar dan mesra pengguna. Alternatif bagi mereka yang merasakan Xiaomi, Lenovo, Asus Zenfone sebagai terlalu mainstream.
Menggunakan processor Mediatek, bermakna peranti Meizu M1 Note ini mungkin kurang mesra developer yang membangunkan custom ROM. Jika anda tidak kisah mengenai kebolehan menggunakan custom ROM, maka anda sepatutnya tidak ada masalah memilih peranti Mediatek.
Model M1 Note 32GB pula, agak mahal kerana harga saranan ialah RM899 dan harga tersebut agak tinggi bagi bakal pembeli yang mempunyai bajet terhad.
Dari segi populariti, Meizu masih lagi ketinggalan berbanding pengeluar telefon pintar dari China seperti Xiaomi dan Oppo yang semakin dikenali pengguna dan peminat gajet di Malaysia. Model-model telefon Meizu juga kurang dijual di kedai-kedai fizikal dan menyukarkan pengguna untuk mencuba sendiri telefon pintar Meizu.
Beli Meizu M1 Note
Jika berminat untuk membeli Meizu M1 Note, anda boleh dapatkan melalui link di bawah
Beli Meizu M1 Note (original Meizu Malaysia Warranty)
Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya!
Gambar dan video oleh Einz.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Levered
Saya pengguna Jiayu S3 yang nak dikatakan semuanya sama dari specs cuma boleh tambah slot micro sd. Selama saya guna Jiayu S3, saya rasa telefon nie paling banyak custom rom yang pernah saya guna sebelum ni. (Bekas ex-developer untuk xperia) so nak dikatakan saya ni mmg perminat snapdragon mmg tidak boleh dinafikan ttg custom rom, tp sejak saya guna jiayu s3 ni, mmg andaian saya kpd mediatek mmg meleset dan apa yang dapat tahu cip mediatek 64bit telah dikemaskini dan perbaiki kelemahan mediatek sebelum2nya.Kepada yang tidak ada bajet memandangkan GST 6% saya sarankan beli telefon yg menggunakan cip mediatek 64bit (mt6732,mt6752).
Einz
Yep, akhirnya phone mediatek dah sampai tahap ‘good enough’ untuk everyday task dan feature parity dengan snapdragon. Plus ada dual sim + LTE. Tak pernah cuba lagi phone Jiayu so x berapa jelas lagi OS, stock apps dia macam mana.
kerapu
terima kasih atas review yang menarik ini, jarang nak jumpa review produk meizu dalam bahasa melayu begini. saya sangat berminat untuk beli meizu m1 note ni, cuma nak tanya betul ke waze bermasalah bila diguna pada meizu m1 note ni?
jikalau perkara ini benar, ia amat mendukacitakan sebab saya memang pengguna tegar waze.
terima kasih atas respon
Einz
Pasal Waze, masalah ni bukan kat Meizu M1 Note je tapi lebih kepada phone yg guna chip MT6752 dan Mali-T760 GPU. So far tak kuar lagi fix atau update baru Waze.
Mediatek ni memang dari dulu infamous sebab gps lock agak slow dan kali ni gpu dia pulak yang cause graphics pada app Waze jadi agak cacat.
Kesimpulan, Waze tak ok kat M1 Note (until fix baru keluar), tapi Google Maps, Nokia Here Maps should be ok.
saiko_g
terima kasih atas review yang superb menarik ni.. saya berminat dengan produk meizu m1 note ni.. tapi macam tak berani lagi beli dari lazada. takut-takut barang tidak sampai..
Einz
so far dah beli 2 biji m1 note dari seller lazada ini dan barang selamat sampai 😉
saiko_g
maaf ya.. saya ingin bertanya.. selain dari masalah waze pada meizu ni.. ada lagi masalah lain tak? gps problem? overheat?
Einz
Waze graphic dia buggy dan messed-up. Not sure bila akan fix. Kalau Google Maps dan gps works fine.
saiko_g
soalan terakhir.. haha, maaf ya banyak tanya.. ermm.. system operasi meizu sekarang berasaskan Flyme OS, berasaskan Android KitKat 4.4.4, yang saya ingin tahu.. boleh update ke android lollypop atau tak boleh? maaf ya
Einz
Skrang flyme os kat meizu m1 note based on 4.4.4 tapi planned untuk receive lollipop update. Cuma xtau bila.
hamada1562
Tiba2 nak tulis komen kat sini. Dulu penah baca review sni jgk, thx Einz. So it’s finally time to jump ship to Meizu, 6 Apr 2016. M1 Note sangat bermasalah, contact lambat loading (yang ni paling mengecewakan) , keyboard susah nak gerakkan dia punya cursor, stuck di sesuatu tempat sampai tak tau macamana nak buat dah.
Senang cerita jemput masuk tengok group Meizu M1 Note Malaysia, guna butang search tulis prob, masalah…
hamada1562
Tiba2 nak tulis komen kat sini. Dulu penah baca review sni jgk, thx Einz.
So it’s finally time to jump ship to RedMi Note 3, 6 Apr 2016.
Kecewa. Meizu M1 Note sangat bermasalah, contact lambat loading (yang ni paling mengecewakan) , keyboard susah nak gerakkan dia punya cursor, stuck di sesuatu tempat sampai tak tau macamana nak buat dah.
Senang cerita jemput masuk tengok group Meizu M1 Note Malaysia d FB, guna butang search tulis prob, masalah…
Einz
Masa first2 keluar tu boleh kata takde competition sangat bagi M1 Note.
Performance generally ok…
Tapi tu lah Meizu tak komited sangat dalam software updates dan firmware.
Now Redmi Note 3 dah keluar memang sangat2 sesuai la untuk replace M1 Note, dalam family kitorang pun dah ada 2orang planning nak beli RN3…kalau sempat boleh buat review RN3 pula 🙂