mi box malaysia



Xiaomi Mi Box akan mula dijual di Malaysia bermula Jumaat ini (3/3/17) pada harga RM349. Mi Box ini merupakan versi International yang menggunakan sistem operasi Android TV dan menyokong output sehingga 4K/60p dan HDR serta menyokong kawalan suara melalui remote Bluetooth.

Mi Box 4K Android TV

mi box android tv

Kelebihan Mi Box versi Android TV ini ialah ia tidak menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai seperti mana tv box lain yang dijual pada harga ~RM100 – RM250. Ia juga turut menyokong Google Cast, iaitu seakan mempunyai chromecast terbina dalam.

  • Generic Android TV box – tiada menyokong Google Cast, tidak menyokong aplikasi natif Android TV, boleh digunakan sebagai local dan streaming media player
  • Google Chromecast – menyokong Google Cast, tidak meyokong fungsi install aplikasi dan tidak boleh digunakan standalone sebagai media player
  • Mi Box – menyokong Google Cast, menyokong fungsi install aplikasi natif Android TV dan secara apk sideload, boleh digunakan sebagai local dan streaming media player

Kelebihan Menggunakan Mi Box

  • Menyokong aplikasi natif Android TV seperti Youtube, Netflix, VLC dan sebagainya
  • Menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Kodi, SPMC (kodi Android fork) serta menyokong fungsi sideload apk
  • Menyokong Google Cast jadi anda tidak perlu lagi membeli peranti Google Chromecast
  • Memainkan pelbagai format video dan menyokong subtitle
  • Memainkan games Android di TV (memerlukan controller, mouse atau keyboard)
  • Menyokong sambungan USB (akses movie, anime dll di dalam pendrive atau external hard disk)
  • Berpotensi menerima kemaskini terbaru daripada Google dan Xiaomi

Beli Mi Box Secara Online

mibox malaysia

Anda boleh beli Mi Box dari penjual rasmi Mi Store pada harga RM349.


 



RELATED POSTS