- 349views
- 71
Xiaomi pada hari ini telah melancarkan smartphone baru mereka iaitu Mi Max. Tarikan utama bagi Mi Max ialah saiz skrin yang agak besar dari kebiasaan iaitu 6.4 inci. Sebagai perbandingan, kebanyakan phablet atau phone dalam kategori “Note” biasanya bersaiz sekitar 5.5 inci – 6 inci.
Mi Max – Smartphone 6.4 Inci Daripada Xiaomi
Walaupun mempunyai saiz skrin yang besar, MiMax masih merupakan telefon pintar yang nipis dengan ketebalan hanya 7.5mm. Malah, rekaan badan juga tampak elegan dan premium.
MiMax mempunyai dua variasi processor iaitu Snapdragon 650 dan Snapdragon 652. Ini bermakna MiMax bukanlah telefon pintar kelas “flagship” seperti Mi 5 tetapi dalam kelas pertengahan seperti Redmi Note 3.
Manakala kapasiti bateri bagi semua variasi ialah 4850 mAh di mana Xiaomi mengatakan ia mampu bertahan seharian penuh. Spesifikasi kamera pula lebih kurang sama dengan Redmi Note 3 iaitu 16 MP camera dengan PDAF.
Harga bagi pasaran China ialah RMB 1499 (~RM930) bagi kapasiti 32GB, 3GB RAM, Snapdragon 650 manakala MiMax dengan spesifikasi paling tinggi berharga RMB 1999 (~RM1300) mempunyai kapasiti 128GB, 4GB RAM dan menggunakan Snapdragon 652.
Masih belum jelas adakah MiMax akan dilancarkan di Malaysia kerana Xiaomi Mi 5 masih lagi belum dijual di Malaysia biarpun sudah beberapa bulan di pasaran China.
Maklumat lanjut di Miui Forum.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 349views
- 71