miui 8

Miui 8 merupakan versi terbaru bagi sistem operasi Miui yang terpasang pada peranti Xiaomi. Kemaskini Miui 8 terbaru ini adalah berasaskan Android Marshmallow dan menyokong hampir kesemua peranti moden Xiaomi seperti siri Redmi, Mi, Mi Note, Mi Pad dan sebagainya.

Walaupun tidak membawakan pelbagai fungsi yang boleh dikatakan inovatif atau unik, Miui 8 kini tampil dengan antaramuka yang lebih berwarna-warni dan elegan. Fungsi-fungsi baru di dalam Miui8 pula lebih memudahkan penggunaan seharian.

Miui 8

miui 8 release date

Developer ROM bagi Miui 8 akan dilancarkan pada 17 Jun 2016 dan jika berminat anda boleh memasang Developer Rom ini di peranti Xiaomi anda.

miui 8

Senarai peranti Xiaomi yang akan menerima kemaskini Miui8. Mi3 milik saya yang sudah hampirĀ 2 tahun digunakan ini nampaknya masih relevan kerana disokong oleh nafas baru.

miui 8 colors

MIUI8 kini lebih dengan warna-warni yang lebih ceria !

miui 8 power saving

Paparan baru fungsi Power Saving yang telah diberikan peningkatan.

miui8 video editing

Fungsi asas mengedit video telah ditambah – seperti Crop, Filters, Captions dan Music.

Multi-window miui 8

Fungsi menguruskan Multi-window juga telah ditambah.

mi lanting

MIUI8 turut memperkenalkan Font baru yang akan digunakan secara system wide – dikenali sebagai Mi Lanting.


Bagi yang berminat, anda boleh mencuba MIUI8 versi beta yang akan bermula tidak lama lagi manakala Developer ROM pula pada pertengahan Jun. Stable ROM pula mungkin agak lama lagi sebelum sampai ke peranti anda jika berdasarkan kepada sejarah lepas.

Rujukan lanjut mengenai Forum MIUI.

 

251 total views, 1 views today