mobile-broadband-malaysia-2017

Ramai kini beralih kepada mobile broadband kerana beberapa faktor, antaranya rumah atau tempat tinggal tidak menyokong pemasangan Unifi dan Streamyx. Ada juga yang tidak mahu melanggan Streamyx kerana mahal dan tidak berbaloi dengan kelajuan dan ada juga tidak mahu terikat dengan kontrak. Mobile broadband mempunyai kelebihan dari segi portability, boleh digunakan di mana-mana sahaja serta kelajuan 4G LTE boleh digunakan untuk streaming video dan bermain online games seperti Dota 2 berbanding kelajuan 3G yang tidak boleh diharap hampir setiap masa.

Jika anda berminat menggunakan mobile broadband, senarai mobile broadband terkini 2017 ini mungkin boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Mobile Broadband Terbaik Di Malaysia (2017) – Alternatif Kepada Streamyx dan Unifi

1. Digi Infinite 150

digi unlimited data plan

 

Klik untuk melanggan Digi Infinite 150 di Digi Online Store.

Plan Digi Infinite 150 ini asalnya ditujukan untuk pengguna Postpaid di smartphone tetapi ramai menggunakannya di peranti Mifi atau LTE modem router kerana pelan ini menawarkan unlimited data dengan kelajuan 4G LTE.

Digi Infinite 150 : RM150 sebulan / Unlimited data quota + Unlimited high speed 4G data + wifi tethering hotspot / Tiada kontrak

Langganan Digi Infinite 150 kini dilanjutkan sehingga 10 September 2017Baca review Digi Infinite 150 di sini.

2. Digi Broadband 60 dan Digi Broadband 100

digi broadband malaysia

Digi Broadband ini sesuai untuk anda yang gemar streaming Youtube dan browse social network dan bukan heavy downloader.

Digi Broadband 60 : RM60 sebulan / 16GB quota data + 16GB kuota Youtube. Tiada kontrak.

Digi Broadband 100 : RM100 sebulan / 40GB quota data + 50GB kuota Youtube + 10GB kuota streaming. Tiada kontrak.

Pelan Digi Broadband boleh dilanggan secara online di Digi Store atau di kedai fizikal Digi.

3. Maxis One Go Wifi

maxis one go wifi review 2017

MaxisOne Go Wifi menawarkan kelajuan 4G maksimum 20 Mbps pada harga bermula RM78 sehingga RM138. Pelan MaxisOne Go Wifi RM138 menawarkan jumlah kuota data sebanyak 65GB dan data tambahan boleh dibeli pada harga RM10 untuk 10GB.

Kontrak selama 12 bulan akan dikenakan sekiranya anda melanggan pelan ini bersama 4G Mifi modem atau 4G Home modem.

Pelan MaxisOne Go Wifi boleh dilanggan secara online di Maxis Store atau di kedai fizikal Maxis.

4. Webe Broadband 20GB / RM59 sebulan

webe broadband review

Webe juga mempunyai pelan broadband mereka sendiri selain pelan data/call/sms tanpa had RM79. Berbanding Webe mobile, Webe Broadband boleh menyokong wifi hotspot tanpa had dengan jumlah kuota data 20GB sebulan dengan harga RM59.

Webe Broadband boleh dibeli secara pakej bersama Mifi Huawei E5377 atau beli simcard sahaja. Pelan Webe Broadband tiada kontrak.

5. Yes 4G LTE 20GB / RM78 sebulan

yes 4g lte 20gb rm78

Yes kini menawarkan pelan Yes 4G LTE 20GB kuota pada harga RM78 sebulan bersama peranti mifi Huddle XS. Pelan ini adalah berbeza dengan pelan Yes sebelumnya yang menggunakan teknologi Wimax. Pengalaman saya menggunakan kedua-dua Yes 4G Wimax dan Yes 4G LTE, teknologi LTE mempunyai kelajuan yang lebih bagus dan konsisten berbanding Wimax.

Pelan ini memerlukan anda ikat kontrak selama 18 bulan, satu tempoh yang agak panjang. Jika anda mahu gunakan Yes, cuba dulu Yes 4G LTE prepaid sebelum anda ikat kontrak tempoh panjang ini.


Buat masa sekarang, hanya Digi yang menawarkan unlimited data quota tetapi malangnya kelajuan data Digi di bandar-bandar utama sangat mengecewakan kerana congestion, mungkin? manakala Celcom pula saya lihat tidak kompetitif langsung dalam menawarkan pelan mobile broadband. Kali terakhir Celcom lancarkan Portawifi 2.0 pada tahun 2015 dan selepas itu tiada perubahan baru yang ketara.

Sekiranya anda ingin mencuba mobile broadband seperti yang saya senaraikan di atas, saya galakkan beli dulu sim card prepaid dan cuba Speedtest, download speed, upload speed, signal strength dan sebagainya sebelum melanggan.

Selamat mencuba!

 



RELATED POSTS