netflix malaysia review

Saya merupakan pengguna Netflix (US) sejak lebih 2 tahun lepas. Seronok menonton ribuan shows di Netflix cuma kadang-kadang tidak convenient disebabkan terpaksa menggunakan ‘workaround’. Hari ini dengan cukup terujanya saya nak berkongsi berita bahawa Netflix kini boleh diakses di 130 buah negara termasuk Malaysia ! Yes ! Tidak perlu lagi VPN, DNS dan sebagainya untuk tonton Netflix. Boleh buat pembayaran dalam nilai Ringgit (MYR) dan compatible dengan pelbagai peranti seperti Chromecast, Apple TV, Xbox, PS4 dan sebagainya.

Nak dengar berita lagi menarik? Anda kini boleh subscribe terus kepada Netflix, sekarang juga tanpa perlu masuk waiting list atau invitation.

Netflix Malaysia Review

Apa yang ada dalam Netflix?

Netflix popular kerana kandungan yang meluas dari pelbagai kategori; Movies, US TV Shows, UK TV Shows, Latin TV Shows, Korean Drama, Japanese Anime, Asian Movies, Documentaries, Educational Program, Cartoons dan Netflix Original Content.

Netflix Malaysia buat masa sekarang tiada content yang banyak seperti Netflix US, saya jangkakan lebih banyak akan ditambah dari masa ke semasa.

Harga langganan Netflix

harga netflix malaysia

Plan Basic Netflix bermula pada harga RM33 sebulan, Plan Standard pada harga RM42 sebulan dan Plan Premium pada RM51 sebulan. Secara dasarnya boleh dikatakan plan Netflix adalah jauh lebih mahal berbanding IFLIX yang hanya mengenakan caj langganan RM8 sebulan. IFLIX dan Netflix masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri, dan kalau ada masa saya akan cuba buat perbandingan antara dua servis ini.

Apakah yang membezakan plan Netflix Basic, Standard dan Premium?

  • Plan Basic – tanpa video HD, dan hanya boleh tonton di 1 device pada masa sama
  • Plan Standard – video HD 720p – 1080p, maksimum boleh tonton di 2 device pada masa
  • Plan Premium – video HD 720p, 1080p, dan 4K 2160p – maksimum boleh tonton di 4 device pada masa sama

Internet speed untuk tonton Netflix

Saya cadangkan anda menggunakan pakej internet seperti di bawah untuk streaming Netflix dengan lancar.

  • Plan Basic – Streamyx 4Mbps ke atas
  • Plan Standard – Streamyx 8Mbps, Unifi 10Mbps ke atas
  • Plan Premium – Streamyx 8Mbps, Unifi 10Mbps (1080p), Unifi 20Mbps ke atas (4K 2160p)

Tip : Elakkan guna Netflix sekiranya anda melanggan pakej internet yang mempunyai quota.

Cara pembayaran Netflix Malaysia

netflix debit card malaysia

Netflix memerlukan credit card yang menyokong international transaction seperti VISA, Mastercard dan AMEX. Saya mencuba free trial menggunakan Maybank AMEX credit card dan berjaya langgan tanpa sebarang masalah.

Percubaan kedua saya cuba guna CIMB Kwik Debit Mastercard tetapi gagal, jadi jika anda boleh langgan menggunakan debit card boleh kongsikan tips di sini.

Netflix Malaysia – Binge Watching !

netflix malaysia device

Anda boleh memilih untuk menonton Netflix di beberapa jenis peranti antaranya Smart TV, Phone, Tablet (iPad, Android tablet), PC, PS3, PS4, Xbox One dan Apple TV. Plan Standard hanya membenarkan saya pilih 2 device jadi saya pilih Phone/Tablet dan PC.

Tip : Anda boleh buat multiple profile dan kongsi 1 akaun dengan rakan atau ahli keluarga.

netflix jessica jones

Netflix – Marvel Jessica Jones S01E01.

netflix windows 10 apps

Netflix – Windows 10 universal app

netflix iphone malaysia

Netflix iPhone App x Chromecast – smooth.

netflix chromecast malaysia

Netflix – Ready to Cast.

netflix chromecast malaysia review

Menonton Netflix di TV menggunakan Chromecast – mudah dan cepat.

Netflix Malaysia Review – Fakta dan Trivia

  • Akaun Netflix US boleh login di Netflix (IP) Malaysia
  • Tak semua TV shows, movies ada di Netflix Malaysia – antaranya Breaking Bad, X-Files, Prison Break ada di Netflix US tapi tiada di Netflix Malaysia
  • Anime popular seperti Attack on Titan, dan drama Korea popular juga tiada dalam katalog Netflix Malaysia
  • Saya galakkan cuba dulu free trial 1 bulan dan explore sendiri Netflix, samada ia berbaloi untuk anda atau tidak.
  • Cubaan saya menggunakan Unotelly DNS, membolehkan saya akses content Netflix US. Baru rasa berbaloi ini macam, ha !

netflix us malaysia

Netflix US – desktop app.


Klik butang share untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya.

1,102 total views, 2 views today



RELATED POSTS