netflix smart tv malaysia

Saya adalah pengguna LG Smart TV WebOS model tahun 2014. Beberapa hari lepas, LG telah enable Netflix app pada Smart TV saya dan saya kini boleh menggunakan Netflix terus dari launcher WebOS. Saya tidak lagi memerlukan peranti tambahan seperti Chromecast, Apple TV, PS4 dan sebagainya kalau sekadar untuk tonton Netflix. Semudah tekan butang On pada remote, dan terus klik pada ikon aplikasi Netflix untuk mulakan streaming.

Netflix Smart TV App

netflix smart tv lg

netflix smart tv lg

Jika anda menggunakan LG Smart TV WebOS model tahun 2014 dan 2015, anda perlu buat update software kepada versi terbaru untuk menggunakan aplikasi Netflix. Connect kepada Wifi dan buat check new updates. Buka juga LG Store dan update segala apps kepada versi terbaru.

Saya galakkan anda menggunakan LG Magic Remote untuk memudahkan navigasi. Kalau tak ada magic remote, boleh gunakan remote LG biasa atau beli wireless mouse dan wireless keyboard jika perlu.

Video overview ringkas streaming Netflix di LG Smart TV.

Kalau anda pengguna Smart TV jenama Samsung, Sony dan sebagainya saya assume anda juga kini boleh gunakan app Netflix di TV. Cuba update software kepada latest version dan juga check content store TV untuk download dan install app Netflix.

Klik share untuk kongsikan artikel ini di rakan Facebook, Twitter dan whatsapp anda.

585 total views, 3 views today