Saya baru sahaja habis menonton filem Netflix Original Indonesia terbaru iaitu The Night Comes For Us (2018) dan apa yang saya boleh katakan ialah filem ini padat dengan aksi berdarah dan fight scene yang sangat puas hati. Jika anda kenal nama Iko Uwais, anda pasti tahu yang cerita-cerita Iko Uwais ini kebiasaannya bertemakan gangster, aksi brutal dan skil seni bela diri yang mantap.
(Artikel penuh mungkin mengandungi sedikit spoiler, sekadar peringatan).
The Night Comes For Us – Perang Berdarah Antara Pembunuh Upahan Dan Gangster Besar
Filem Night Comes For Us menampilkan nama-nama besar seperti Joe Taslim, Iko Uwais, Julie Estelle dan juga Dian Sastro. Jalan ceritanya tidak banyak beza dengan filem gangster flick popular lain seperti The Raid, The Raid 2, Headshot dan juga New World (filem Gangster Korea). Jika anda menonton filem ini dan jangkakan plot atau jalan cerita yang bagus, anda pasti akan kecewa tetapi kalau tonton hanya untuk aksi, semestinya ini antara filem aksi yang terbaik dalam tahun 2018 ini.
Joe Taslim, memegang watak Ito. Pembunuh upahan bertaraf elit, salah seorang daripada 6 orang ahli Six Seas. Joe Taslim pernah berlakon bersama-sama Iko Uwais dalam The Raid 1.
Reina, anak kecil yang diselamatkan oleh Ito pada awal cerita. Secara jujur, watak Reina ini tidak memberi apa-apa impak besar dan semoga bakat lakonan akan lebih mantap dalam filem seterusnya.
Iko Uwais (Arian) biasanya menjadi watak utama tetapi kali ini tampil sebagai pembunuh upahan bagi pihak triad. Dalam filem ini, tiada orang baik kerana mereka semua ini termasuk Ito adalah bajingan, tetapi Arian adalah seteru kepada Ito. Scene lawan yang sangat mantap.
Julie Estelle (The Operator) tampil buat kali ketiga dalam filem yang sama dengan Iko Uwais – The Raid 2, Headshot dan kini The Night Comes For Us. Lakonan Julie Estelle kali ini jauh lebih mantap berbanding sebelumnya dan gaya-nya pula mirip kepada Black Widow dalam The Avengers.
Dian Sastro pula tidak terlalu menyerlah dan wataknya nampak fragile, mungkin kerana filem aksi bukan lah genre filem kebiasannya. Jika tampil lagi dalam filem aksi selepas ini, saya harap lakonan Dian Sastro boleh dipertingkatkan lagi.
Film Netflix Original Indonesia pertama yang dari kemaren diomongin khalayak ramai, akhirnya sudah siap tayang. The Night Comes For Us bisa ditonton mulai 19 Oktober 2018! pic.twitter.com/Baa0B0Ukg1
— Netflix Indonesia (@NetflixID) October 18, 2018
Kalau anda biasa menonton filem-filem aksi atau filem gangster, pasti anda tahu kenapa pembunuh upahan biasanya pakai baju warna gelap dan bukannya warna putih. Sebelum berlawan pula pastikan tali leher dibuka. Betapa pentingnya pemakaian itu, kerana boleh menjadi punca nyawa hilang.
Tonton sekarang The Night Comes For Us di Netflix. Pastikan jantung anda cukup kuat untuk lihat aksi brutal dan berdarah.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥