nintendo switch console

Nintendo NX = Nintendo Switch !!!!

Sepertimana yang dilaporkan, Switch merupakan konsol hybrid modular di mana anda boleh bermain game secara mudah alih ataupun secara tradisional iaitu menyambungkan ke TV. Dilaporkan banyak syarikat pembangun video game akan menerbitkan games untuk Switch termasuk nama besar seperti EA, Bethesda, Capcom dan Square Enix.

Nintendo Switch Hybrid Modular Console

nintendo switch

Controller bagi Switch dikenali sebagai Joy-Con dan boleh dicabut dan dipasang serta didatangkan dengan stand. Untuk memainkan game di TV, handheld Switch boleh dipasang pada bahagian home unit atau dock station.

Dari segi spesifikasi, belum diketahui prestasi sebenar konsol Switch yang menggunakan cip custom Nvidia Tegra (ARM). Spekulasi sebelum ini mengatakan keupayaan Switch tidak setanding PS4 dan Xbox One tetapi ianya masih moden, laju dan berfikir ke depan.

Berikut merupakan senarai syarikat pembangun yang akan menerbitkan game untuk pelantar Switch.nintendo switch support

Lebih banyak maklumat mengenai #Switch akan dikongsi di masa akan datang.

 

568 total views, 1 views today