nvidia-mx150-laptop



Laptop dalam lingkungan harga RM2500 boleh dikatakan pilihan yang paling popular di Malaysia terutamanya di kalangan pelajar. Biasanya, laptop di bawah RM2500 dilengkapi GPU Intel HD Graphics dan Nvidia 920M, 930M, 940M dan 940MX yang membolehkan anda memainkan game pada resolusi 1366×768 pada kualiti Medium. Tapi kini dengan hadirnya Nvidia Geforce MX150, anda kini berpeluang memainkan game pada resolusi Full HD 1920×1080 pada kualiti Medium/High/Ultra.

Geforce MX150 GPU – Graphic Card Terbaik Untuk ‘Budget’ Gaming Laptop

Nvidia Geforce MX150 merupakan graphic card berpandukan GT 1030 desktop dan direka khas untuk disesuaikan dengan laptop. Siri MX150 akan menggantikan GPU siri Geforce 930M, 940M dan 940MX yang sudah berada di pasaran bermula tahun 2015 lagi. Laptop dengan GPU MX150 pula akan dijual pada harga yang berpatutan, bermula pada harga sekitar ~ RM2500 ke atas bergantung kepada spesifikasi.

mx150 laptop malaysia

Secara kasar, kelajuan Geforce MX150 adalah sekitar 20-30% lebih laju berbanding Nvidia 940MX dan ~10% lebih perlahan daripada Nvidia Geforce 960M. MX150 juga boleh dikatakan setara dengan kelajuan Nvidia Geforce 950M versi 2GB GDDR5.

Geforce MX150 adalah dalam kelas yang lebih rendah berbanding Geforce GTX 1050 tetapi laptop GTX 1050 biasanya lebih mahal, lebih tebal dan kurang ketahanan bateri. Jika anda mampu dan perlukan GPU yang lebih berkuasa, GTX 1050, 1050 Ti dan 1060 adalah lebih sesuai.

mx150 laptop gaming benchmark

Gaming Benchmark MX150 pula menunjukkan GPU ini berupaya menjalankan banyak game pada kualiti 1920×1080 High dengan FPS melebihi 30. Manakala bagi game seperti Dota 2, FIFA, PES, CS;GO dan sebagainya, saya jangkakan Nvidia MX150 boleh memainkan game2 ini dengan kualiti Ultra pada 60 fps dengan lancar.

Anda juga boleh menonton review Nvidia MX150 dalam video di atas untuk lebih gaming benchmark.

mx150 laptop malaysia

Acer Aspire 5 adalah laptop pertama yang menggunakan GPU Nvidia MX150 yang mula dijual di pasaran Malaysia. Laptop ini mempunyai GPU Nvidia MX150, processor Core i5 7200U, ketahanan bateri sekitar 8 jam dan harga saranan ~RM2500.

Lebih banyak laptop menggunakan Nvidia MX150 akan mula dijual pada bulan-bulan seterusnya daripada MSI, Asus, HP, Lenovo dan sebagainya. Saya akan cuba kemaskini senarai laptop2 gaming yang menggunakan Nvidia MX150 setiap beberapa bulan kerana saya jangka siri laptop MX150 akan jadi sangat popular tidak lama lagi. Jika rakan2 anda mahu beli laptop baru, boleh lah skip laptop 920M/930M/940M/940MX dan tunggu lebih banyak laptop-laptop MX150 baru akan muncul di pasaran nanti.

Sumber : NC



RELATED POSTS