oneplus 3

Telefon pintar generasi terbaru OnePlus iaitu OnePlus 3 (OP3) telah dilancarkan secara rasmi pada awal pagi tadi dan ianya merupakan berita yang mengujakan bagi peminat OnePlus dan juga sebahagian besar komuniti penggemar Android.

OnePlus One (OPO) boleh dikatakan kejayaan besar bagi syarikat OnePlus yang baru 3 tahun lebih ditubuhkan. Akan tetapi, OnePlus 2 dan OnePlus X gagal mengulangi kejayaan OPO kerana dilanda pelbagai masalah dan juga spesifikasi yang kurang mantap. Kini OnePlus berazam mahu jadikan OP3 sebagai telefon pintar yang ‘tick all the right boxes‘, premium, laju dan berkuasa tanpa sebarang gimik.

OnePlus 3 – Spesifikasi dan Harga

Dari segi rekaan, OnePlus 3 merupakan siri OnePlus yang paling elegan dan premium kerana menampilkan rekaan aluminium unibody. Ianya nipis, ringan walaupun bersaiz 5.5″ dan datang dalam 2 pilihan warna iaitu Graphite dan Soft Gold.

Dari segi spesifikasi hardware, OP3 boleh dikatakan setara dengan flagship seperti Samsung Galaxy S7 Edge, HTC 10, Xiaomi Mi5 dll yang turut menggunakan cip Snapdragon 820. Cuma, pujian harus diberikan kepada OnePlus kerana meletakkan RAM sebanyak 6GB LPDDR4 di dalam OP3.

Keupayaan kamera OP3 juga agak kompetitif – 16MP Sony IMX298 sensor, dan menyokong rakaman video 4K 30fps dan 720p 120fps slow motion. Kamera depan pula dilengkapi sensor 8MP yang mampu mengambil gambar secara automatik dengan mengesan senyuman.  Aplikasi kamera OP3 juga menyokong pelbagai mod seperti Auto HDR, manual exposure, manual shutter speed, manual focus serta berupaya menyimpan gambar di dalam format RAW untuk post-processing di Adobe Lightroom, Photoshop dan sebagainya.

Sampel gambar daripada kamera OP3 di bawah.

oneplus 3 camera sample

oneplus 3 camera sample

OnePlus 3 camera

Harga OnePlus 3

OnePlus 3 dijual pada harga $399 (~RM1635), harga yang boleh dikelaskan sebagai mid-range dan bukan lagi budget. Sekiranya OP3 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, saya menganggarkan harga kira-kira RM1800 – RM1999. Dalam kelas harga tersebut, pesaing terdekat bagi OP3 ialah Huawei P9, Xiaomi Mi5 dan iPhone SE yang turut menawarkan spesifikasi flagship pada harga di bawah RM2000.


Review awal OP3 di laman teknologi terkemuka boleh dikatakan positif dan syabas diucapkan kepada OnePlus kerana menghasilkan flagship yang mempunyai formula untuk berjaya dan tidak lagi menerima sambutan hambar seperti OnePlus 2 dan OnePlus X.

Apa pendapat anda mengenai OnePlus 3?

Sumber : OnePlus.net

247 total views, 1 views today