Berita baik kepada peminat OnePlus yang sabar menunggu sejak dari tahun lepas lagi kerana OnePlus telah mengumumkan secara rasmi bahawa telefon pintar mereka OnePlus One akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 22 April 2015. Walaupun sudah agak terlewat dan spec boleh dikatakan outdated jika dibandingkan dengan peranti keluaran tahun 2015 seperti Samsung Galaxy S6 dan HTC One M9, saya jangkakan OnePlus boleh menjadi popular jika harganya masih berpatutan.

Saya sendiri pernah membeli dua unit OnePlus One 64GB LTE tahun lepas, dan saya ingin berkongsi beberapa gambar dan pengalaman saya menggunakan telefon pintar OnePlus One (OPO) ini.

Pengumuman rasmi dari pihak OnePlus mengenai pelancaran di Malaysia pada 22 April.

Packaging OnePlus One sememangnya ringkas tetapi menarik dengan konsep warna merah dan putih.

Oneplus One Malaysia

Yang saya beli dulu AP set dari China (tanpa logo Cyanogen) tetapi hardware sama dan boleh flash ke CyanogenMod dan juga OxygenOS baru.

Ulasan OnePlus One

Ulasan OnePlus One

Ulasan OnePlus One

Ulasan OnePlus One

Ulasan OnePlus One

Ulasan OnePlus One

Kualiti hardware sangat baik dari segi rekaan dan material yang digunakan pada telefon OPO ini.

Malangnya OPO, kurang brand recognition sampaikan orang selalu ingat OPO = OPPO disebabkan marketing OPPO yang sangat kuat di Malaysia.

Masa mula-mula beli dulu, OS CyanogenMod 11S merupakan ROM yang terpasang dalam OnePlus One ini. Masa tu ROM tak stabil sangat dan kena tunggu banyak updates baru untuk bebas dari bugs. Tapi kini pengguna baru boleh memilih untuk menggunakan CyanogenMod 12 atau OxygenOS yang dikeluarkan sendiri oleh team developer dari OnePlus sendiri. Kedua-dua ROM CyanogenMod 12 dan OxygenOS adalah berasaskan versi Android Lollipop (5.x) membawakan prestasi terbaik dan pelbagai fungsi-fungsi baru.

Tahun lepas, kebanyakan flagship smartphone didatangkan dengan processor Snapdragon 801, kamera 13MP, RAM 2GB – 3GB namun pada tahun 2015 trend terbaru ialah processor Snapdragon 810, 3GB – 4GB RAM, kamera 16 – 20 MP dan skrin resolusi 2K.

Jika anda tidak memerlukan smartphone dengan spesifikasi terkini (dan overkill! macam Galaxy S6) mungkin OnePlus One sesuai bagi anda bila dah mula dijual secara rasmi di Malaysia.

2 unit OnePlus One yang saya bagitahu pada awal tadi, 1 unit sudah dijual dan 1 unit masih digunakan oleh adik saya sebagai daily driver dia. Reason jual ialah funding untuk beli iPhone 6 masa tu (hehe).

Ada-apa yang nak tanya mengenai OnePlus One? Komen di bawah ya.

Gambar oleh Einz, kamera : Xiaomi Mi3

 

601 total views, 3 views today