Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) kerap kali jadi headline berita sepanjang tahun 2015 ini. Kemalangan maut, kemalangan melibatkan binatang liar seperti kes terbaru ini eksiden dengan beruang serta peristiwa mistik dan seram antara kisah-kisah utama yang berlaku di LPT 2 sejak ia mula dibuka kepada orang ramai.

Musim perayaan ini sudah pasti LPT2 akan dipenuhi dengan ribuan pemandu kereta yang balik kampung ke Terengganu dan juga Kelantan. Bagi mereka yang pertama kali menggunakan LPT2, samada untuk balik kampung atau untuk pergi beraya, kenduri kahwin dan sebagainya saya ingin kongsikan beberapa panduan dan tips bila menggunakan LPT 2.

lebuhraya-pantai-timur-(lpt)

lebuhraya-pantai-timur-(lpt)

Panduan Balik Kampung Menggunakan LPT 2

1. Jangan Over Speeding

Lebih 70% punca kemalangan di LPT 2 adalah dari kecuaian pemandu. Kebanyakannya, pandu terlalu laju. Di sebabkan LPT 2 masih agak baru, ramai pemandu yang belum familiar dengan jalan jadi elakkan daripada over speeding. Tersalah bajet boleh membawa maut.

Faktor jalan dan persekitaran juga perlu anda ambil tahu. Ketika hujan, jalan di LPT 2 agak licin. Dan di waktu malam, persekitaran berbukit juga sangat sunyi dan membosankan. Jika memandu waktu malam, pastikan orang di sebelah anda sedar untuk teman berbual untuk mengelakkan dari mengantuk. Kalau memandu seorang diri, pasanglah lagu dalam USB atau kalau ada audio mengaji pun bagus juga untuk membantu anda keep alert. Signal radio FM pula tak berapa clear di LPT 2 jadi saya sarankan prepare awal2.

Bulan Disember lepas, saya memandu waktu malam di LPT 2, masa tu hujan lebat gila sampai tak nampak jalan dan memang jalan tu terasa licin. Saya hampir terlanggar divider akibat terlelap, namun dalam split second tu tersedar dan sempat elak. Syukur masih dipanjangkan umur.

Banyak kali juga saya lalu di LPT 2 tak pernah lagi jumpa binatang liar melintas. Tetapi sudah banyak kemalangan di LPT 2 juga disebabkan haiwan melintas secara mengejut. Sentiasa observe jalan di hadapan dan sekali lagi diingatkan, jangan memandu terlalu laju.

2. Buat solat hajat dan baca doa

Bagi yang balik kampung dari jauh dan mengambil masa sehingga setengah hari untuk sampai ke destinasi, buat lah solat hajat sebelum bertolak atau paling tidak berdoa semoga selamat perjalanan. Bila drive lama, stamina boleh drained dan alertness boleh terganggu. Mohon dilindungi sepanjang perjalanan dan tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

3. Isi petrol secukupnya dan bawa makanan jika perlu

Isi petrol secukupnya di kereta anda kerana sukar nak cari stesen minyak bila dah lalu LPT 2. Jangan petrol dah nak habis baru kalut nak cari stesen minyak.

R & R di LPT 2 juga belum beroperasi sepenuhnya. Sesetengah R & R hanya tandas sahaja yang boleh guna. Kedai makan dan serbaneka belum mula beroperasi sejak kali terakhir saya lalu bulan Jun lepas. Dulu saya juga pernah tertipu pusing bukan main jauh nak masuk R & R rupanya tak siap lagi.

Yang bercadang untuk bersahur ketika balik waktu malam di LPT 2 eloklah bawa makanan atau makan siap-siap sebelum bertolak. Air juga penting untuk mengelakkan dehydration. Kadang-kala kalau terlalu lapar atau dahaga, boleh distract juga perhatian ketika memandu.

4. Tol

Dalam paper sudah keluar berita tol akan beroperasi di LPT 2 pada musim perayaan 2015. Tetapi, ada pemandu yang memberitahu kadar tol di LPT 2 setakat ini masih caj RM 0 (percuma). Apa-apapun sediakan duit pecah untuk memudahkan pembayaran tol jika perlu nanti dan mengelakkan dari kesesakan.

5. Sentiasa up-to-date dengan keadaan trafik

Sentiasa ketahui keadaan trafik di LPT 2 mengenai kesesakan jalan, kemalangan dan sebagainya. Kebanyakan berita trafik kini boleh didapati di twitter atau facebook dan ramai yang share untuk memudahkan pemandu-pemandu lain untuk lebih alert. Tetapi, kalau memandu seorang diri, pastikan mata sentiasa di jalan dan bukan melihat screen smartphone ya.


Saya harap panduan ini sedikit sebanyak membantu pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) terutamanya sepanjang musim perayaan ini. Pandulah dengan selamat dan selamat berhari raya bersama keluarga tercinta.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda menggunakan FB, Twitter dan Whatsapp terutamanya yang balik kampung di Pantai Timur.

1,044 total views, 1 views today