Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari – Maksimum RM500 Sebulan Untuk Tempoh 1 Tahun

 

pengeluaran kwsp akaun 2 i-lestari covid-19

Berikutan pendapatan ramai rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan virus COVID-19, kerajaan Malaysia semalam (23 Mac 2020) telah mengumumkan bahawa KWSP akan membenarkan pengeluaran kwsp akaun 2 i-Lestari bermula 1 April 2020.

Tiada siapa yang sangka permulaan tahun 2020 menyaksikan dunia berdepan musuh halimunan yang telah menyebabkan puluhan ribu nyawa hilang dan juga kejatuhan ekonomi yang hanya berlaku setiap beberapa dekad.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari – Mohon Secara Online Bermula 1 April 2020

Untuk pengetahuan anda, pengeluaran KWSP akaun 2 menerusi i-Lestari hanya akan dibuka bermula 1 April 2020. Manakala, kerajaan menjangkakan bahawa jumlah wang yang dikeluarkan dari akaun 2 tersebut akan masuk ke akaun bank anda bermula 1 May 2020. Jadi ada jurang 1 bulan antara proses permohonan buat keluar duit, dan duit masuk dalam bank.

pengeluaran duit kwsp akaun 2 i-lestari

Pada masa-masa sukar begini, elakkan daripada terpedaya dengan mana-mana pihak ketiga yang ingin membantu anda keluarkan duit KWSP akaun 2 kerana scammer sentiasa ada dimana-mana, tak kira masa, tak kira waktu bencana, waktu susah atau waktu senang. Hanya buat pengeluaran KWSP akaun 2 di laman KWSP Malaysia sahaja.

Update 1 April 2020;

Proses pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari kini boleh dilakukan di laman web KWSP atau secara aplikasi i-Akaun. Bagaimanapun, server KWSP telah crash dengan pertambahan trafik yang terlampau tinggi buat masa sekarang. Anda boleh juga ikuti cara yang dikongsi oleh saudara Amir Farhan di twitter di bawah :

Klik embed Twitter di atas untuk tutorial lengkap.

Borang Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari – Untuk Pengeluaran Secara Manual

Jika anda tidak boleh mengakses laman KWSP i-Akaun atau secara aplikasi i-Akaun, anda boleh download borang pengeluaran KWSP Akaun 2 i-lestari dengan tekan link di bawah:

borang pengeluaran kwsp akaun 2 i-lestari

Download Borang Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-LESTARI | Gdrive Mirror

CARA PERMOHONAN DIHANTAR;

Permohonan Pengeluaran i-Lestari secara manual boleh dihantar melalui e-mel: [email protected] ATAU pos ke alamat KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan, 46720, Petaling Jaya ATAU melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula.

Sila baca dulu halaman 1 – Panduan mengisi borang permohonan pengeluaran i-Lestari untuk maklumat yang lebih jelas.

BACA :  Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM Unifi, Streamyx
β €β €β €

Ringkasan Proses Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari

Berikut adalah ringkas proses pengeluaran wang daripada akaun 2 KWSP menerusi program i-Lestari, saya akan kemas kini artikel ini di masa akan sebelum permohonan dibuka kepada orang ramai.

  • Jumlah maksimum pengeluaran : RM500 selama 1 tahun daripada baki akaun 2 KWSP
  • Tarikh permohonan dibuka : 1 April 2020
  • Tarikh duit dijangka masuk : 1 May 2020
  • Kaedah permohonan : Menerusi permohonan secara online – elak kaunter KWSP sesak dengan orang ramai dan elak penularan COVID-19

Buat masa sekarang, anda boleh menyemak baki akaun 2 KWSP anda menggunakan web i-Akaun atau aplikasi i-Akaun.

Semak baki akaun 2 KWSP i-Akaun anda menggunakan cara di bawah:

Semak guna web KWSP i-Akaun | app i-Akaun Android | app i-Akaun iPhone

Artikel ini saya akan kemas-kini bila adanya maklumat baru. Sama-sama kita doakan penularan virus COVID-19 ini berakhir dengan cepat. Jika anda nampak ahli keluarga, rakan-rakan, kenalan mahupun mana-mana insan yang kesempitan dan perlukan bantuan, saya mohon anda semua ringankan tangan dan tolong mereka semua ringankan beban semasa waktu sukar dan getir ini. 

Semoga badai dan bencana yang dibawa COVID-19 ini lenyap secepat mungkin #KitaJagaKita

Sumber : KWSP FAQ | The Star



πŸŽ₯ SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL πŸ’•





shopee raya 2020 

RAYA BERSAMA SHOPEE πŸ’― - CLAIM VOUCHER DISCOUNT UNTUK LEBIH PENJIMATAN ! πŸ‘ŒπŸΌ

 iphone se 2020 malaysia price

🀩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! πŸ”₯

Leave a Reply