Kira-kira setahun lepas saya buat panduan cara beli barang di Shopee Malaysia, masa tu Shopee baru nak naik. 1 tahun kemudian, Shopee kini tersangat popular dan sana-sini anda boleh tengok orang beli barang dekat Shopee berbanding laman beli-belah lain. Salah satu sebab kenapa Shopee popular ialah penghantaran percuma untuk barang yang dibeli.
Kini, bermula 1 Ogos 2018, Shopee telah beralih kepada sistem baru untuk penghantaran percuma menggunakan “free shipping voucher”. Ini adalah panduan ringkas bagaimana mendapatkan penghantaran percuma di Shopee menggunakan sistem baru ini.
Cara Claim Free Shipping Voucher di Shopee
Pertama sekali claim voucher free shipping di Web Shopee atau App Shopee dengan klik butang di atas.
Shopee akan memberikan anda beberapa free shipping voucher yang anda boleh guna. Kadang-kala Shopee juga akan memberikan voucher free shipping extra, biasanya ketika musim jualan besar-besaran sedang berlangsung.
Nota : Perhatikan voucher free shipping Shopee – ada yang boleh guna untuk semua seller, ada yang untuk item tertentu sahaja dan ada juga untuk Preferred Seller atau Mall seller sahaja.
Di bahagian My Voucher > boleh lihat senarai Voucher yang anda dapat gunakan untuk checkout.
Cara Guna Shopee Free Shipping Voucher
Contoh penggunaan Free Shipping Voucher di Shopee.
Saya kongsikan cara menggunakan Free Shipping Voucher di Shopee dengan bijak :
Pembelian minimum mestilah RM40 ke atas, samada satu item, beberapa item sama atau beberapa item berbeza tapi daripada penjual yang sama.
Checkout sekali dengan item lain dalam cart yang sama dengan guna hanya 1 voucher free shipping Shopee. Dengan itu, anda jimat dan dapat penghantaran percuma di Shopee.
Boleh klik butang di atas untuk mulakan shopping di Shopee dan dapatkan penghantaran percuma !
Kongsikan artikel ini dengan rakan anda di Facebook, Twitter dan Whatsapp.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥