pentium g4560



Pentium G4560 merupakan processor baru yang sangat popular di dalam komuniti PC Gaming sekarang dan digelar sebagia “Ultimate budget cpu”. G4560 merupakan processor Pentium pertama yang mempunyai spesifikasi dual-core dan menyokong hyper-threading yang memberikan ia 80% daripada keupayaan processor Core i3 pada harga yang jauh lebih murah. Digandingkan dengan GPU moden seperti AMD RX 460 atau Nvidia GTX 1050, Pentium G4560 mampu memainkan game seperti Dota 2, LoL, Fifa tanpa sebarang masalah pada kualiti tertinggi dan bagi game AAA, ia masih mampu menjalankan pada kualiti sederhana.

Dan jika anda berniat untuk membina budget gaming PC pada harga sekitar ± RM1500, Pentium G4560 merupakan pilihan yang sangat bijak.

 Pentium G4560 Budget Gaming PC ( ± RM1500)

pentium g4560 malaysia

Berikut merupakan cadangan spesifikasi budget gaming PC menggunakan Intel Pentium G4560, anda boleh ubahsuai mengikut kemampuan;

HardwarePrice
Pentium G4560260
Motherboard Asus H110M-K280
Ram 4GB DDR4150
GPU : Sapphire RX 460 2GB / Zotac 1050 2GB550
Case : AVF + 500W PSU100
Storage 1 : 120GB SSD (Sandisk/Transcend)220
CPU cooler : Stock Intel0
1560

 

Harga tidak termasuk kos pemasangan dan lesen Windows. Intel Pentium G4560 adalah processor dalam keluarga Kaby Lake jadi sistem operasi yang dicadangkan ialah Windows 10 64-bit.


Anda ada pendapat lain mengenai budget gaming PC dengan harga sekitar RM1500 ? Boleh komen di bawah ya !

Sumber gambar : computerbase.de

 



RELATED POSTS