Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer atau Laptop Anda Dengan Mudah

periksa suhu hardware komputer

Nak tahu tahap suhu (temperature) hardware komputer anda seperti CPU/APU, GPU, Motherboard, Hard Disk dengan mudah atau check suhu laptop samada panas ataupun normal? Gunakan dua aplikasi percuma ini iaitu Speccy dan HWMonitor.

Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer, Check Suhu Laptop Panas atau Normal

Biasanya hardware PC saya ketika tidak menjalankan perisian berat atau permainan PC, suhu kekal di bawah 40C. Dan ketika menjalankan kerja-kerja berat, biasanya CPU akan naik kepada 45C dan GPU akan naik sehingga 75C. Antara Speccy dan HWMonitor, ada sedikit perbezaan.

Speccy – (sebelah kanan) mudah tetapi sedikit kurang tepat terutama bila menyukat suhu CPU/APU AMD.

HWMonitor – (sebelah kiri) lebih tepat tetapi maklumat yang dipaparkan lebih bersifat teknikal.

Jika suhu hardware anda terlalu tinggi, mencecah 90C atau lebih, cuba periksa punca kenapa suhu hardware boleh naik mendadak.  Biasanya hardware menjadi panas akibat debu terkumpul atau sistem penyejuk yang lemah atau gagal berfungsi dengan baik.

⠀⠀⠀

Selamat mencuba.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply