Hampir 3-4 tahun menunggu, akhirnya peminat siri Pro Evolution Soccer (PES) di PC boleh menarik nafas lega kerana Konami akhirnya mengumumkan PES 2018 versi PC akan menerima peningkatan yang sangat drastik dari segi graphic dan gameplay. Menurut Konami, PES 2018 versi Steam/PC adalah setaraf dengan versi console PS4. Untuk makluman, PES 2015, 2016, 2017 di PC adalah versi yang mengecewakan kerana tidak menggunakan engine terbaru seperti yang ada pada PES versi PS4 dan Xbox One.

PES 2018 PC

Selain gameplay dan graphic, saya harapkan PES 2018 versi PC akan turut dioptimasikan dengan online gaming menggunakan Steam dan juga tiada lagi region-lock seperti PES sebelumnya. Sudah ramai peminat siri PES yang berhijrah kepada FIFA kerana berang dengan Konami dan diharapkan PES 2018 boleh menarik balik ramai ‘ex-fanboy’ untuk bermain PES.

 



RELATED POSTS