eFootball PES 2020 (Pro Evolution Soccer 2020) versi demo telah dilancarkan untuk pelantar PC (Steam) dan juga PS4. Versi penuh PES 2020 akan dilancarkan pada 11 September pada harga RM211 atau RM282 untuk PES 2020 Legend Edition.
Secara teknikal, PES 2020 versi demo adalah game percuma tetapi dengan kandungan yang terhad. Boleh lah install di PC atau PS4 anda untuk mengisi kekosongan di hati ketika bosan tiada aktiviti lain hendak dibuat.
PES 2020 Demo – Download dan Main Percuma Di Steam dan PS4
Untuk download demo PES 2020, buka Steam dan cari eFootball PES 2020. Saiz installer dalam 5.2GB.
Pendapat saya setelah main PES 2020 demo beberapa pusingan :
- Kualiti grafik agak baik, warna terang dan wajah pemain nampak realistik
- AI difficulty Superstar nampak lebih bijak dan kuat berbanding PES sebelum ini yang senang-senang bagi sumbat banyak gol
- Gameplay tidak jauh beza dari PES sebelumnya
- Menu masih lagi tidak menarik – game untuk 2020 tapi menu macam zaman sebelum 2010
Contoh screenshot in-game. Kualiti MAX everything, 1080p.
Awal-awal lagi Suarez dah kena Yellow Card !
Gol pertama Suarez dalam PES 2020.
Kalau macam ni pun tak goal lagi baik bersara la Messi oi !
Jom download PES 2020 demo dan main percuma di Steam dan PS4. Boleh main online juga kalau bosan main seorang diri.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥