celcom vs digi

Adakah anda mencari perbandingan plan postpaid terbaik di Malaysia pada tahun 2016? Jom ikuti ulasan dan perbandingan ringkas pelan postpaid di  Malaysia yang menawarkan jumlah quota data yang tinggi, panggilan tanpa had dan harga yang paling kompetitif.

Plan Postpaid Terbaik 2016

Perbandingan dalam table ini adalah berdasarkan plan postpaid yang menawarkan unlimited call, kuota data yang tinggi dan data adalah diambil dari laman rasmi telco.

celcom vs digi vs maxis vs umobile

 

Celcom First Gold

celcom first gold rm80

Celcom First Gold merupakan plan baru yang menawarkan 10GB data setiap bulan pada harga RM80. Pelanggan boleh menikmati panggilan dan SMS tanpa had kesemua network. Penting bagi anda tahu ialah 10GB data sebenarnya jumlah data untuk all day 5GB dan 5GB untuk setiap hari minggu (Sabtu dan Ahad).

5 GB all day quota + ( 1.25 GB quota hari minggu x 4) = 10 GB Data

Plan ini tiada kontrak dan membenarkan anda bawa baki data ke bulan hadapan.

Digi Smart Plan 75

digi smartplan 75

Digi Smart Plan 75 merupakan tawaran waktu terhad sehingga 29 FEB 2016 sahaja. Jika anda pengguna setia Digi dan berada di kawasan coverage Digi yang kuat, jangan terlepas peluang untuk bertukar ke plan ini.

Plan ini menawarkan 7GB all day quota, unlimited call kepada semua network dan beberapa kelebihan lain seperti 12 bulan langganan iflix percuma. Kesemuanya pada harga yang cukup menarik iaitu RM75 sebulan.

Umobile Hero P70

umobile hero p70

Dari segi harga, tawaran daripada Umobile adalah paling menarik kerana anda dapat 7GB data, unlimited call ke semua network pada harga RM70. Menurut laman rasmi Umobile, tawaran plan Umobile Hero P70 ini dibuka sehingga 30 Jun 2016.

Maxis ONE Plan

maxis one plan 2016

Maxis ketika ini masih belum mengumumkan sebarang plan postpaid baru untuk tahun 2016. Dari segi harga, jelas kelihatan bahawa tawaran daripada Celcom, Digi dan Umobile lebih kompetitif. Plan Maxis One RM128 menawarkan 3GB Data dan unlimited call dan sms ke semua network. Untuk mendapatkan kuota tinggi sehingga 8GB, anda perlu melanggan pakej RM188.

Beberapa kenalan saya sudah ramai beralih dari Maxis ke telco lain yang lebih murah dan lebih data. Diharap Maxis boleh tampil dengan plan yang boleh menandingi atau mengatasi plan postpaid dari pesaing mereka.


Saya harap perbandingan ringkas ini membantu anda membuat keputusan untuk melanggan plan postpaid terbaik bagi tahun 2016. Sebarang pertanyaan boleh anda sampaikan di ruangan komen di bawah.

1,263 total views, 1 views today