playstation-4-pro-4k

Sony akhirnya mengesahkan bahawa Playstation 4 Pro (PS4 Pro) akan mula dijual bermula 10 November 2016. PS4 Pro sebelum ini dikenali dengan nama kod seperti PS4 Neo atau PS4K telah menerima peningkatan keupayaan graphic lebih 2 kali ganda berbanding PS4 generasi sebelumnya. GPU yang digunakan di dalam PS4 Pro ialah AMD Polaris GPU yang mempunyai spesifikasi mirip AMD Radeon RX 480 yang mampu memainkan game pada resolusi 4K dan juga 1080 60 fps.

Playstation 4 Pro (PS4 Pro)

sony-ps4-pro

PS4 Pro mempunyai rekaan triple-sandwich dan masih mengekalkan warna hitam. Bagi pemilik 4K TV, PS4 Pro mampu menjalankan game pada resolusi 4K dan juga upscale game PS4 lama kepada 4K tanpa menjejaskan kualiti dengan ketara. Bagi pemilik PS4 Pro yang tidak memiliki 4K TV, anda boleh memainkan game PS4 pada resolusi 1080 60 fps. Peningkatakan keupayaan graphic juga membolehkan PS4 Remote Play dijalankan pada kualiti 1080p berbanding 720p sebelumnya.

PS4 Pro Price

Harga bagi PS4 Pro ialah $399 bagi kapasiti 1TB. Saya menjangkan harga PS4 Pro di Malaysia akan dijual di bawah harga RM2000 termasuk cukai. Sumber gambar : Reddit

Update : Harga PS4 Pro di Malaysia ialah RM1799 menurut Amanz.

Sony kini mempunyai kelebihan 1 tahun berada lebih awal di pasaran berbanding Xbox Scorpio yang akan dilancarkan pada penghujung 2017. Adakah anda akan membeli Playstation4 Pro bila ia dilancarkan di Malaysia?

279 total views, 2 views today