ps4k neo

Walaupun saya seorang PC gamer, saya juga menyimpan hasrat untuk memiliki konsol Playstation 4. Tapi saya belum lagi merancang untuk membeli PS4 dalam masa terdekat kerana dua sebab – iaitu saya masih menunggu game ‘big name’ seperti Final Fantasy VII Remake dan juga Dragon Quest baru. Sebab kedua ialah Sony dikhabarkan akan melancarkan Playstation generasi baru yang kemungkinan dipanggil Playstation 4K (PS4K) atau Playstation 4.5.

PS4k dilaporkan menggunakan kod nama Neo dan akan dilancarkan pada tahun 2017. Terdapat banyak spekulasi juga bahawa Sony akan memberi sedikit maklumat mengenai PS4k pada acara E3 2016 tidak lama lagi.

Playstation 4K

Tahukah anda, hardware konsol PS4 adalah berasaskan hardware komputer biasa? Untuk tahun 2017 dan ke atas, hardware PS4 boleh dikatakan ‘outdated’ dan syarikat pembangun games memerlukan lebih ‘kuasa’ bagi menghasilkan games dengan kualiti visual yang lebih tinggi dan gameplay yang kompleks. Tambahan pula, TV dengan resolusi 4K kini semakin menjadi pilihan pengguna dan virtual reality (VR) juga dilihat akan menjadi lebih ‘mainstream’ dalam masa 3 tahun akan datang.

Berikut merupakan beberapa khabar angin mengenai keupayaan Playstation 4K atau NEO ini :

  • CPU : 8 Jaguar Cores 2.1 GHz / Next-gen AMD GCN GPU / 8 GB GDRR5 RAM (higher clock)
  • Performance dianggarkan sehingga 2 kali ganda daripada PS4 asal
  • Menyokong output 4K secara natif bagi gambar dan video
  • Games yang mempunyai resolusi maksimum 1080p akan di-‘upscale’ kepada 4K
  • Games PS4 sedia ada boleh dimainkan, kemungkinan patch akan dilancarkan bagi meningkatkan performance
  • Sokongan Virtual Reality (VR) yang lebih lancar pada resolusi yang lebih tinggi
  • Games yang dibina untuk PS4K dikatakan menyokong resolusi 2K bagi game AAA dan 4K bagi game kasual

Kalau PS4K menjadi realiti, ianya merupakan pilihan tepat bagi Sony yang memilih untuk menggunakan hardware komputer sebagai asas komponen dalaman PS4. PS4 generasi baru dan generasi lama boleh berkongsi judul games yang sama, aksesori yang sama dan yang penting kemajuan visual yang boleh dinikmati pengguna tanpa perlu menunggu hingga 7-8 tahun bagi konsol generasi akan datang pula.

Sumber : Polygon via Giant Bomb

275 total views, 1 views today