POKÉMON Detective Pikachu – Filem Pokemon Hollywood Menampilkan Ryan “Deadpool” Reynolds Sebagai Pikachu

 

pokemon-detective-pikachu

Hollywood nak buat filem live-action Pokemon ! Tak sabar nak tengok pengembaraan Ash Ketchum bersama Pikachu, Charizard, Snorlax dan lain-lain lagi untuk menjadi Pokemon Trainer terhebat dan memenangi Pokemon League di wilayah Kanto.

Opps. Jika itu impian anda sebagai peminat sejati Pokemon, maka berita terbaru ini mungkin mengecewakan anda. Warner Bros Pictures baru saja melancarkan video trailer filem Pokemon yang sudah mencecah jutaan views dalam 24 jam. Ya, filem Pokemon ini yang diberi judul POKÉMON Detective Pikachu sama sekali berlainan dengan game dan siri animasi asal Pokemon. Dan Pikachu bukan lagi hanya bersuara Pika Pika ! tetapi anda akan tonton Pikachu yang boleh bercakap dan suara latar Pikachu ini dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang dikenali ramai dengan watak Deadpool.

POKÉMON Detective Pikachu – Filem Pokemon Hollywood Menampilkan Ryan “Deadpool” Reynolds Sebagai Pikachu

Filem Pokemon Detective Pikachu ialah nama yang sama dengan game Detective Pikachu (2016) untuk pelantar Nintendo 3DS. Saya kurang pasti adakah jalan cerita filem ini adalah sama dengan versi game spin-off 3DS ini atau tidak.

Tinjauan saya di Twitter, Youtube dan Reddit, ramai juga peminat Pokemon yang bimbang filem ini gagal teruk seperti filem adaptasi Hollywood lain seperti Dragon Ball Evolution dan The Last Airbender.

Walaupun animation Pikachu nampak pelik dan nampak lebih janggal bila Pikachu bersuara Deadpool, saya tunggu untuk tonton sendiri filem ini nanti untuk memberikan penilaian.

pikachu deadpool

Unrelated, Deadpool Pikachu.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply