portrait mode snow ar camera

Portrait Mode atau Bokeh Mode merupakan fungsi yang cukup popular di kalangan pengguna smartphone kini. Kebiasaannya, untuk menggunakan Portrait Mode, sesuatu smartphone itu perlu dilengkapi dengan dua kamera. Fungsi Portrait Mode di iPhone hanya untuk model iPhone X dan iPhone 7 Plus/8 Plus yang ada dua kamera. Untuk ambil gambar selfie dengan portrait mode pula, hanya iPhone X sahaja yang dilengkapi fungsi itu.

Tapi, saya nak kongsikan aplikasi yang boleh ambil gambar ala Portrait Mode di semua model iPhone dan Android, samada phone itu ada satu kamera atau dua kamera.

Ambil Gambar ‘Portrait Mode’ Di Semua Model iPhone dan Android Phone

snow ar camera

Snow AR ialah app camera yang mempunyai puluhan fungsi dalam satu app. Salah satu fungsi utama ialah DSLR mode iaitu menjadikan background gambar jadi blur ala efek Bokeh Portrait Mode. Snow AR camera ini ditujukan khas untuk penggemar selfie tetapi anda boleh menggunakan kamera belakang untuk semua fungsi.

Tip : Swipe kiri-kanan untuk mengurangkan efek Beautify.

Tip 2 : Snow AR camera dioptimasikan untuk gambar wajah. Ambil gambar di tempat cerah untuk hasil yang terbaik.

Download : search Snow AR di App Store dan Play Store.

Fun fact : App Snow AR pernah muncul dalam drama popular GOBLIN.

instagram focus portrait mode bokeh

Cara kedua ialah menerusi Instagram Focus. Artikel di sini :

Instagram Focus Portrait Mode

Instagram Focus membolehkan anda ambil gambar dengan efek background blur secara real-time, samada menggunakan kamera depan atau kamera belakang. Gambar yang diambil menggunakan efek Focus boleh disimpan ke dalam gallery atau di-post ke Instastory.

 


Kedua-dua cara ini menggunakan 100% software jadi gambar yang terhasil adalah dalam resolusi rendah dan perlukan cahaya yang bagus untuk hasil yang terbaik. Walaupun kualiti gambar yang terhasil tidaklah secantik gambar yang diambil dengan kamera canggih, tapi saya rasa sudah memadai untuk perkongsian cepat ke Instagram, Facebook atau Twitter.

Jika anda post ke Instagram lepas baca artikel ini, jangan lupa tag ig @einz.my ya !

Sekurang-kurangnya boleh mencuba Portrait Mode di semua model iPhone atau Android phone, kan? Kongsikan artikel ini dengan rakan2 anda yang suka ambil gambar.



RELATED POSTS