powerbank fast charging

Powerbank kini boleh dikatakan keperluan bagi majoriti pengguna peranti pintar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu gajet. Satu kelemahan ketara kebanyakan powerbank yang ada di pasaran sekarang ialah masa yang diperlukan untuk “full charge” adalah sangat lama. Sebagai contoh, powerbank dengan kapasiti 10000 mAh biasanya perlu di-cas selama kira-kira 6-8 jam untuk penuh.

Tahukah anda, powerbank generasi baru kini sudah dilengkapi dengan teknologi fast charging? Powerbank fast charging lebih cepat penuh dan menjimatkan masa lebih separuh untuk di-cas berbanding powerbank tanpa fast charging. Bagi anda yang berminat memiliki powerbank fast charging, saya kongsikan senarai 3 model powerbank ini yang boleh didapati di pasaran Malaysia.

Powerbank Fast Charging – 3 Model Powerbank Generasi Baru

#1 Xiaomi 10000 mAh Mi Powerbank Pro

xiaomi pro powerbank fast charging

Xiaomi 10000 mAh Mi Powerbank Pro merupakan model baru yang dilancarkan pada awal 2016. Ia belum lagi dijual secara rasmi oleh Xiaomi Malaysia tetapi anda boleh dapatkan powerbank ini melalui kedai-kedai online. Ia menyokong USB type-C untuk mengecas peranti seperti Note 7, Xiaomi Mi5 dan Oneplus 3. Adapter turut disertakan bagi membolehkan powerbank ini digunakan dengan peranti micro USB biasa.

Menurut forum Xiaomi, masa yang diperlukan untuk cas penuh powerbank ini ialah 3 jam setengah berbanding 6-8 jam bagi powerbank biasa tanpa fast charging.

Beli Xiaomi 10000 mAh Mi Powerbank Pro

#2 Aukey Powerbank Fast Charging (Qualcomm Certified)

aukey fast charging powerbank

Aukey Powerbank 10000 mAh dilengkapi dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 2.0 dan boleh mengecas peranti pintar anda dengan pantas sekiranya telefon pintar juga turut menyokong QC 2.0. Masa yang diperlukan untuk caj penuh powerbank ini pula dianggarkan selama 4 jam.

Aukey merupakan jenama yang mempunyai reputasi bagus dan sangat popular di Amazon.

Beli Aukey Powerbank 10,000 mAh QC 2.0

Terdapat beberapa model Aukey Powerbank yang menyokong Quick Charge 3.0, anda boleh dapatkan model tersebut sekiranya perlukan powerbank dengan kapasiti lebih besar daripada 10000 mAh.

#3 Romos Powerbank Fast Charging

romos fast charging powerbank

Romos Powerbank juga dilengkapi Qualcomm Quick Charge 2.0 dan dengan kapasiti 10000 mAh. Menurut Romos, powerbank ini boleh dicaj penuh dalam masa hanya 3 jam sahaja iaitu masa yang sangat singkat.

Beli Romos Powerbank 10000 mAh 


Nota : Masa yang diperlukan untuk caj penuh mungkin berbeza mengikut jenis peranti, kabel dan adapter yang digunakan. Pastikan guna kabel dan adapter yang asli untuk memanjangkan hayat powerbank anda.

Kongsikan artikel ini dengan rakan anda di Facebook, Twitter dan Whatsapp.

283 total views, 1 views today