rakuten malaysia ditutup

Ini berita yang mengecewakan bagi penggemar online shopping di Malaysia, laman e-commerce Rakuten Malaysia (rakuten.com.my) dilaporkan akan ditutup pada bulan Mac 2016. Ini berikutan pihak Rakuten bercadang menutup operasi bagi Rakuten Malaysia, Rakuten Indonesia dan Rakuten Singapore bagi menumpukan kepada aplikasi jual beli pada peranti pintar iaitu Rakuma bagi pasaran Asia Tenggara.

Rakuten Malaysia Ditutup

Rakuten Malaysia sebelum ini dianggap kurang popular di Malaysia berbanding laman e-commerce lain yang kerap membuat marketing besar-besaran, melalui iklan TV dan iklan serta posting di media sosial. Rakuten juga ketinggalan kerana tiada mobile app untuk iPhone dan Android, serta kupon diskaun yang ditawarkan tidak  kompetitif.

Saya merupakan Rakuten Gold Member dan sudah membelanjakan ribuan ringgit di laman Rakuten Malaysia dalam tempoh 2 tahun. Apa yang saya suka mengenai Rakuten ialah terdapat banyak barang yang ditawarkan di Rakuten, tiada di tempat lain terutamanya ubat dan supplement untuk kesihatan. Saya juga menyukai sistem Rakuten Super Points (RSP) yang memberikan ganjaran kepada pembeli setia dan kupon hari jadi setiap kali tiba bulan birthday saya. Nampaknya saya perlu beralih kepada laman e-commerce lain pula bermula bulan Mac ini.

rakuten tutup kedai

Adakah anda di antara pelanggan setia di Rakuten? Apa pendapat anda mengenai berita penutupan Rakuten?

Sumber : Techinasia



RELATED POSTS