Ulasan Redmi Airdots – Sebuah Earphone Bluetooth yang Berkualiti & Murah

redmi airdots review malaysia

Akibat daripada trend telefon pintar membuang headphone jack yang semakin popular, semakin banyak aksesori bluetooth earphone mula dijual di pasaran bagi memenuhi kehendak pengguna mendengar lagu semasa mengecas telefon. Namun begitu, kebanyakan bluetooth earphone yang berkualiti dijual pada harga seratus ringgit dan ke atas. Harga ini dilihat amat tidak murah bagi pengguna biasa. Earphone bluetooth yang berharga bawah seratus ringgit pula kebanyakannya tidak berkualiti, mempunyai ketahanan bateri yang teruk dan cepat rosak.

Ulasan Redmi Airdots – Sebuah Earphone Bluetooth yang Berkualiti & Murah

BACA :  BT501 Portable Bluetooth Speaker Review - Speaker Wireless Dengan Fungsi Jam Digital, Alarm dan Cermin

Dari sini wujudnya inisiatif Redmi, syarikat di bawah Xiaomi, yang sudah terkenal penawaran barangan pada harga yang murah berbanding pesaing; untuk melancarkan Redmi Airdots. Redmi Airdots dilancarkan dengan harga separuh daripada harga Mi Airdots daripada Xiaomi serta mempunyai beberapa pengurangan berbanding Mi Airdots.

Beli Redmi Airdots

Anda boleh beli Redmi Airdots secara online dengan klik butang di bawah. Boleh baca artikel ini sepenuhnya untuk untuk Redmi Airdots review .

Redmi Airdots (Lazada)

Redmi Airdots (Shopee)

Spesifikasi 

Berikut adalah spesifikasi Redmi Airdots:

Ukuran (Airdots) 26.65 x 16.4 x 21.6 mm
Ukuran (Case) 62.00 x 40.0 x 27.2 mm
Berat (Airdots) 4.1g
Berat (Case) 35.4g
Bateri (Setiap Airdots) 40mAh
Bateri (Case) 300mAh
Bluetooth 5.0
Qualcomm aptX audio codec Tiada
Ketahanan IPX4
Harga $15 (~RM60)

Pembungkusan

redmi airdots unboxing malaysia

Apabila kotak Redmi Airdots dibuka, terdapat 1 buku user manual dalam Bahasa Cina, 1 Redmi Airdots case, 1 pasang Redmi Airdots dan 2 pasang getah earphone yang bersaiz S dan L. Sekiranya getah bersaiz M yang sedia terpasang di Redmi Airdots dirasa kurang selesa untuk dipakai di telinga, anda boleh menukarkannya kepada getah saiz S atau L. Tiada wayar pengecasan disertakan di dalam kotak.

Reka Bentuk

redmi airdots ulasan malaysia redmi airdots tws malaysia ulasan redmi airdots malaysia redmi airdots sound review

Case Redmi Airdots mempunyai bentuk seperti pil ubat dengan panjang 62mm, lebar 40mm, tinggi 27.2mm dan berat 35.4g. Reka bentuk dan ukurannya yang kompak dan mempunyai berat yang ringan membuatkan Redmi Airdots mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Malah Airdots itu sendiri mempunyai ukuran yang padat yang tidak memenuhi telinga serta sangat ringan hinggakan tidak membebankan telinga pemakai. Redmi Airdots menggunakan reka bentuk in-ear canal yang sangat popular pada zaman sekarang. Kedua-dua case dan Airdots diperbuat daripada plastik dan kualiti binaan dia terasa murah dan mudah untuk tercalar.

Case Redmi Airdots mempunyai 1 port microusb untuk tujuan pengecasan. Selain itu, case Redmi Airdots tidak mempunyai LED untuk menunjukkan peratusan bateri yang ada, dan ini amat menyusahkan pengguna untuk mengetahui tahap bateri yang masih berbaki dalam case, namun begitu LED berwarna merah akan menyala apabila case dicas dan akan terpadam untuk menunjukkan bahawa bateri case sudah penuh. Case Redmi Airdots menggunakan magnet untuk memastikan penutupnya tidak terbuka serta Airdots daripada tercabut dengan tidak sengaja daripada case apabila disimpan di dalam beg. Redmi Airdots ini boleh digunakan untuk mendengar di sebelah telinga sahaja atau di kedua-dua belah telinga.

Redmi Airdots juga mempunyai mikrofon yang membolehkan anda bercakap dengan pemanggil walaupun berada berjauhan daripada telefon. Fungsi ini sangat berguna terutama jika anda ingin melakukan panggilan telefon semasa telefon masih dicas. Airdots juga hadir dengan ketahanan IPX4, yang melindungi Airdots daripada percikan air dan peluh. Redmi Airdots juga hadir dengan Bluetooth 5.0 yang membolehkan telefon yang mempunyai Bluetooth 5.0 menyambung Redmi Airdots dan peranti bluetooth lain pada masa yang sama, contohnya smartband.

Bateri

Airdots setiap satu mempunyai bateri 40mAH, yang mana mengikut penggunaan saya mampu bertahan selama 5 jam apabila mendengar dengan sebelah Airdots dan 4 jam apabila mendengar dengan kedua-dua belah Airdots. Apabila dimasukkan ke dalam case, Airdots mengambil masa selama 1 jam 50 minit untuk cas sepenuhnya. Case Redmi Airdots dengan bateri yang penuh mampu mengecas sepasang Airdots sebanyak 3 kali dan mengambil masa selama 1 jam 50 minit untuk penuh dicas.

Kualiti Audio

redmi airdots beli online

Mengikut pendengaran saya untuk sebuah earphone bluetooth berharga di bawah seratus ringgit, Redmi Airdots mempunyai kualiti audio yang sangat baik. Namun begitu, ia tidak mempunyai bass yang lantang dan tidak sesuai untuk seorang audiophile. Ia juga tidak mampu menandingi kualiti audio yang ditawarkan oleh earphone berwayar yang berharga dalam lingkungan seratus ringgit. Kualiti audio ia juga mula pecah sedikit apabila saya melaraskan volume bunyi telefon pintar saya ke tahap yang paling tinggi.

Delay


Masalah yang selalu dihadapi apabila menggunakan bluetooth earphone adalah masalah bunyi yang lebih lambat daripada video. Mengikut penggunaan saya, masalah delay bunyi ini tidak wujud apabila saya menonton video di telefon pintar. Masalah delay ini hanya timbul ketika menaip keyboard serta semasa bermain video game. Namun begitu, tempoh delay ini hanya selama 0.5 saat dan tidak merosakkan pengalaman saya bermain game. Saya ingin memuji Redmi Airdots kerana walaupun ia sebuah bluetooth earphone yang murah dan tidak menyokong codec aptX., ia mampu menyampaikan bunyi dengan tempoh delay yang minima.

Jarak Penghubungan

Redmi Airdots mempunyai jarak penghubungan dengan telefon pintar sehingga 10.5 meter. Selepas melebihi jarak tersebut, kualiti audio akan mula terganggu dan putus-putus.

Penggunaan

redmi airdots android malaysia   redmi airdots xiaomi malaysia

Untuk menggunakan Airdots, anda hanya pernah keluarkan salah satu Airdots daripada case dia, kemudian tekannya sehingga LED putih menyala. Buka Bluetooth di telefon pintar dan pilih Redmi Airdots_R jika ingin menyambung Airdots kanan atau Redmi Airdots_L jika ingin menyambung Airdots kiri. Untuk menyambung kedua-dua belah, anda perlu keluarkannya serentak dan tekan sehingga LED putih menyala dan pilih Redmi Airdots_R untuk menyambung.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menyambung kedua-dua belah Airdots, tekan kedua-dua Redmi Airdots sehingga LED merah menyala dan letak dalam case dia selama 5 saat. Kemudian tekan sehingga LED putih menyala dan terus tekan selama 15 saat sampai LED putih berkelip laju. Selepas itu, hubungkan telefon pintar kepada Redmi Airdots_R macam biasa.

Butang Airdots hanya mempunyai 2 kawalan. tekan 1 kali untuk menghentikan atau memainkan lagu dan untuk menjawab panggilan telefon. Tekan 2 kali untuk memanggil Google Assistant. Saya berasa kecewa kerana tiada kawalan untuk melangkau lagu atau memainkan kembali lagu sebelumnya.

Apabila Airdots berjaya disambungkan, ikon baru akan timbul di status bar untuk menunjukkan peratusan bateri Redmi Airdots anda. Sekiranya kedua-dua belah Airdots disambungkan, ikon hanya menunjukkan peratusan bateri untuk Airdots kanan sahaja.

Untuk mematikan Airdots, hanya tekan AIrdots sehingga LED merah menyala dan simpannya ke dalam case.

Harga

Redmi Airdots semasa dilancarkan di China dijual pada harga $15 (~RM60). Sekarang, Redmi Airdots sudah banyak dijual secara tidak rasmi di kedai atas talian seperti Lazada dan Shopee pada harga ~RM80. Jika bernasib baik, anda mungkin akan menjumpai Redmi Airdots dijual pada harga serendah RM59 ketika flash sale di Lazada atau Shopee.

redmi airdots shopee

Redmi Airdots (Lazada)

Redmi Airdots (Shopee)

Redmi AIrdots vs Mi Airdots

Redmi Airdots semasa pelancarannya dijual pada harga $15 (~RM60) manakala Mi Airdots dijual pada harga $30 (~RM120). Mi Airdots juga sudah dijual di kedai atas talian pada harga ~RM150. Apakah perbezaan besar antara kedua-dua earphone ini?

Redmi Airdots Earphone Mi Airdots
Hitam Warna Putih
Tiada Suara  Ada (Bahasa Cina)
Butang fizikal Kawalan Panel sesentuh
~RM80 Harga ~RM150

Saya juga sarankan anda untuk membeli Redmi Airdots berbanding Mi Airdots jika anda sedang buntu antara 2 pilihan ini kerana mengikut feedback daripada kawan saya, Mi Airdots mempunyai delay audio yang lebih teruk berbanding Redmi Airdots. Hal ini mungkin disebabkan produk Mi Airdots yang dilancarkan terlebih dahulu berbanding Redmi Airdots. Pihak Xiaomi mungkin telah mendengar rungutan pembeli Mi Airdots dan telah memperbaiki masalah ini di Redmi Airdots.

Kesimpulan

redmi airdots malaysia warranty

Pada pandangan saya, untuk sebuah bluetooth earphone yang murah, Redmi Airdots sangat berbaloi untuk dimliki. Tetapi jika anda mengharapkan kualiti audio yang tinggi pada earphone ini, saya nasihatkan agar cuba untuk mencari pilihan earphone lain. Selain itu, pastikan anda mencari bluetooth earphone yang menyokong Qualcomm aptX untuk menikmati audio dengan tempoh delay yang minima.

Kebaikan Keburukan
  • Bentuk yang kompak serta ringan
  • Mempunyai mikrofon untuk panggilan jarak jauh
  • Mempuyai katahanan IPX4
  • Ketahanan bateri sehingga 5 jam
  • Tempoh delay yang minima
  • Jarak penghubungan yang jauh
  • Harga yang sangat murah
  • Buku user manual user berbahasa Cina
  • Kualiti binaan terasa murah dan mudah tercalar
  • Tiada LED untuk tahap bateri case
  • Kualiti bass yang biasa
  • Audio mula pecah apabila dilaraskan ke volume paling tinggi
  • Kedua – dua belah Airdots kadang – kadang susah untuk dihubungkan serentak
  • Ikon di statusbar tidak menunujukkan peratusan bateri yang tepat untuk Airdots kiri
  • Tidak mempunyai kawalan untuk melangkau lagu atau memainkan kembali lagu sebelumnya

Rating: 7/10



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Redmi Airdots Review - TWS Earbuds Yang Murah dan Berkualiti Daripada Xiaomi

Redmi Airdots adalah salah satu bluetooth earphone yang murah di jual di pasaran. Bagaimanakah kualiti bluetooth TWS ini? Jom baca artikel penuh Redmi Airdots review Malaysia.

Editor's Rating:
4

1 thought on “Ulasan Redmi Airdots – Sebuah Earphone Bluetooth yang Berkualiti & Murah”

Leave a Reply