redmi note 3 malaysia

Peminat Xiaomi pasti bersorak gembira kerana penantian mereka untuk mendapat Redmi Note 3 akan berakhir tidak lama lagi. Mi Malaysia telah mengumumkan bahawa Redmi Note 3 akan mula dijual secara rasmi pada April 2016 di pasaran Malaysia. Model Redmi Note 3 yang akan dijual di Malaysia adalah model baru menggunakan processor Snapdragon 650 yang baru dilancarkan pada awal Jan 2016.

Redmi Note 3 Malaysia

redmi note 3 snapdragon

Spesifikasi Redmi Note 3 untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut :

  • Snapdragon 650 processor
  • 5.5″ 1920 x 1080p IPS display
  • 16 MP camera, 5 MP selfie camera
  • Full metal body
  • Fingerprint sensor
  • 4050 mAh battery

Harga, warna, dan ruang storan dalaman serta jumlah RAM masih belum diketahui. Berharap Xiaomi mampu menawarkan kesemua jenis warna dan juga menawarkan versi 32 GB internal / 3GB RAM.

Saya jangkakan Redmi Note 3 akan jadi smartphone yang sangat popular dalam masa terdekat kerana spesifikasi yang bagus serta harga yang dijangka sekitar RM700 – RM800 merupakan ‘sweet spot’ kepada pembeli smartphone di Malaysia.

Sumber : Mi Malaysia | Mi Forum

 



RELATED POSTS