redmi note 4 malaysia



Berita baik untuk peminat Xiaomi kerana Redmi Note 4 (RN4) akan dijual secara rasmi di Malaysia pada 16 Mac 2017 ini. RN4 set Malaysia akan dijual pada harga RM799 dan adalah versi Snapdragon 625 dan bukan cip Mediatek seperti imported set dari China. Redmi Note 3 merupakan smartphone yang sangat popular di Malaysia pada tahun lepas dan saya rasa tahun ini juga sama, kerana sukar mencari smarpthone yang bagus dari segi harga dan prestasi seperti siri Redmi.

Redmi Note 4 Malaysia Set

redmi note 4

Xiaomi Redmi Note 4 spec :
– 4100 mAh battery
– Snapdragon 625, 14nm FinFET
– 2.5D curved glass
– 13MP BSI CMOS camera with PDAF
– 5.5” full HD display
– 3GB RAM + 32GB ROM

Pra-tempahan akan dibuka pada 10/3 dan jualan terbuka akan bermula pada 16/3. Berdasarkan pengalaman lepas, stok awal adalah sangat terhad jadi siap-sedia untuk pra-tempah.

Sumber : Xiaomi Malaysia



RELATED POSTS