Redmi Note 7 Dilancarkan – 48 Megapixel Camera, Snapdragon 660, Bateri 4000mAh

redmi note 7 malaysia

Redmi kini merupakan jenama sendiri (sub-brand) di bawah Xiaomi. Redmi Note 7 (RN7) pula merupakan smartphone pertama yang dilancarkan di bawah jenama Redmi. Di Malaysia, komuniti pengguna smartphone Redmi dan Redmi Note sememangnya besar dan saya percaya pelancaran Redmi Note 7 ini merupakan sesuatu yang bakal menggembirakan ramai orang. Sekali pandang, rekaan, spesifikasi dan harga Redmi Note 7 memang mengancam habis.

Redmi Note 7 Dilancarkan – 48 Megapixel Camera, Snapdragon 660, Bateri 4000mAh

xiaomi-redmi-note-7-malaysia

RN7 hadir dengan rekaan waterdrop-notch dan skrin sebesar 6.3-inci dengan resolusi 2340×1080. Rekaan di belakang pula menggunakan warna gradient dengan material kaca yang lebih premium. Melihat kepada spesifikasi RN7 ini, boleh dikatakan ia merupakan smartphone yang hampir serba lengkap, almost dream phone.

  • Processor : Snapdragon 660
  • Ram : 4GB, 6GB
  • Camera : 48 Megapixel f/1.8 Samsung Sensor (Samsung GM1, 0.8 micron pixels)
  • Port : Usb Type C
  • Bateri : 4000mAh dengan quick charge 4.0
  • Extra : 3.5mm headphone jack, IR blaster

RN7 merupakan smartphone kelas bajet pertama yang menggunakan kamera sensor 48 Megapixel. Menurut Xiaomi, Redmi Note 7 Pro akan dilancarkan dalam musim Chinese New Year dengan sensor 48MP Sony IMX586 yang berupaya menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik.

Redmi Note 7 Sample

Jika anda belum tahu, 2019 merupakan tahun di mana kamera smartphone dengan sensor 48 Megapixel menjadi mainstream. Sensor 48 Megapixel akan menghasilkan gambar akhir dengan resolusi 12 Megapixel menggunakan teknik yang dikenali sebagia pixel-binning. Hasilnya, gambar akhir akan menjadi lebih tajam dan bersih (low noise).


redmi note 7 harga malaysia

Harga bagi Redmi Note 7 masih mengekalkan tradisi seperti sebelum ini, murah dan berkuasa.

  • Model 3GB RAM/32GB Storage – CNY999 ~RM600
  • Model 4GB RAM/64GB Storage – CNY1199 ~RM725
  • Model 6GB RAM/64GB Storage – CNY1399 ~RM850
BACA :  Harga iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max dan iPhone 11 di Malaysia - Bermula RM3399 Hingga RM6899

Masih belum pasti adakah pengguna di Malaysia akan menerima model Redmi Note 7 atau Redmi Note 7 Pro. Mungkin juga dua-dua model ini akan turut dijual.

Apa pendapat anda mengenai Redmi Note 7?




Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

2 thoughts on “Redmi Note 7 Dilancarkan – 48 Megapixel Camera, Snapdragon 660, Bateri 4000mAh”

Leave a Reply