xbox game dvr

Tahukah anda, Windows 10 mempunyai kebolehan untuk merekod video gameplay tanpa sebarang perisian tambahan. Fungsi yang dikenali sebagai Game DVR ini sangat mudah digunakan dan boleh dijadikan alternatif kepada perisian berbayar seperti FRAPS, Mirillis Action, Bandicam dan sebagainya.

Game DVR – Record Gameplay Video di PC

xbox game dvr 2

Untuk menjalankan Game DVR, anda perlu menggunakan Xbox App pada Windows 10. Kemudian, anda boleh ubah kualiti rakaman dan shortcut key. Berbanding dengan perisian berbayar seperti FRAPS, Bandicam, Mirillis Action dan sebagainya, Xbox Game DVR hanya menyediakan pilihan yang agak terhad. Bagi permainan PC yang tidak dikesan secara automatik, anda perlu menambah secara manual di dalam senarai permainan dalam Xbox App.

Contoh rakaman video yang dibuat oleh saya menggunakan Game DVR. Need for Speed Most Wanted 1080p Max Settings.

260 total views, 1 views today