Filem Rurouni Kenshin: The Final Hadir di Netflix MY 18 Jun 2021

rurouni kenshin the final netflix malaysia

Berita baik kepada peminat Takeru Satoh/Himura Kenshin kerana filem Rurouni Kenshin : The Final akan hadir ke Netflix Malaysia pada 18 Jun 2021 ini. Filem ini sepatutnya ditayangkan di pawagam secara global namun terpaksa dilancarkan di platform streaming berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda dengan ganas terutamanya di negara-negara Asia.

Filem Rurouni Kenshin : The Final Kini di Netflix Malaysia

Filem Rurouni Kenshin yang dikhabarkan sebagai yang terakhir dalam siri filem yang bermula sejak 2012 ini akan ditayangkan dalam 2 bahagian : Rurouni Kenshin The Final/The Beginning. Jika anda belum pernah membaca manga atau menonton anime Rurouni Kenshin, filem pertama Rurouni Kenshin (2012) juga turut hadir di Netflix.

Berdasarkan sinopsis, filem ini menceritakan kemarahan Himura Kenshin selepas mengetahui kedai makan kegemarannya, Akabeko dimusnahkan musuh. Watak antagonist dimainkan oleh Arata Mckenyu yang juga mempunyai latar belakang martial-artist dalam dunia sebenar.

Saya cukup suka kalau filem aksi pertarungan dilakonkan sendiri oleh pelakon yang juga martial-artist dalam dunia sebenar, seperti Iko Uwais, Joe Taslim dan ramai lagi.

Sebagai tradisi kepada filem Rurouni Kenshin, lagu tema filem The Final/The Beginning kali ini juga dihasilkan oleh band One Ok Rock.

⠀⠀⠀

Jika anda masih ingat, lagu One Ok Rock : The Beginning merupakan lagu ending filem pertama Rurouni Kenshin dan lagu ini membuatkan band One Ok Rock terkenal di seluruh dunia.

Hampir sepuluh tahun berlalu, sentuhan muzik OOR dan vokal Taka masih lagi berbisa seperti zaman prime OOR dulu.

BACA :  Mob Psycho 100 - Anime Comedy Shounen Daripada Pencipta Asal One Punch Man

Sebagai selingan, lagu terbaru One Ok Rock – Broken Heart of Gold juga turut dijadikan lagu fan-made MV untuk filem Rurouni Kenshin The Final/The Beginning.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang minat Sato Takeru, One Ok Rock dan siri Rurouni Kenshin!



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


unifi-ia

DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply