Samsung Galaxy A9 (2018) dan Galaxy A7 (2018) – Telefon Pintar dengan 4 Kamera dan 3 Kamera Belakang

Samsung dengan pertama kalinya telah mengadakan acara pengumuman telefon baru, Unpacked, di Kuala Lumpur, Malaysia. Melalui acara tersebut, Samsung telah mengumumkan Galaxy A9 (2018) dan Galaxy A7 (2018). Menariknya, Galaxy A7 (2018) adalah telefon pertama Samsung yang mempunyai 3 kamera di belakang manakala Galaxy A9 (2018) pula adalah telefon pertama di dunia yang mempunyai 4 kamera belakang.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Galaxy A9 (2018) merupakan bintang pada acara ini. A9 (2018) merupakan peranti kelas midrange atas Samsung yang menggunakan prosesor Snapdragon 660 dengan pilihan memori 6GB atau 8GB RAM. A9 (2018) mempunyai kapasiti storan dalaman sebesar 128GB yang menyokong SD card sehingga 512GB. Skrin pada A9 (2018) meggunakan paparan SAMOLED sebesar 6.3 inci dengan resolusi FHD+. A9 (2018) dikuasakan dengan bateri sebanyak 3800mah dengan pengecasan pantas. Terdapat pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang telefon. Kamera hadapan A9 (2018) dilengkapi sensor 24mp f/2.0 dan LED flash.

Yang menjadi fokus pada telefon ini adalah penggunaan sehingga 4 kamera belakang. Setiap kamera mempunyai fungsi -fungsi mereka tersendiri. Berikut adalah fungsi untuk setiap kamera belakang A9 (2018):

  • 24mp f/1.7 kamera utama
  • 10mp f/2.0 telephoto lens dengan kemampuan zoom optikal 2x
  • 8mp f/2.4 ultra-wide lens 13mm
  • 5mp f/2.2 depth lens untuk kegunaan Potrait mode & Bokeh

Samsung turut menyertakan fungsi dipanggil Scene Optimiser dalam aplikasi kamera mereka yang mana menggunakan bantuan AI untuk mengenalpasti situasi subjek gambar diambil dan mengubah warna, kontraks dan keterangan untuk gambar yang lebih cantik. A9 (2018) hadir dengan pilihan warna Hitam, Biru dan Pink dan akan dijual di Malaysia bermula bulan November. Harga belum diumumkan.

 

Samsung Galaxy A7 (2018)

Selain A9 (2018), A7 (2018) juga turut diumumkan dalam acara tersebut. A7 (2018) juga tidak kurang hebatnya apabila ia hadir dengan 3 kamera belakang. Perbezaan kamera belakang antara kedua-dua telefon ini hanyalah ketiadaan telephoto lens pada A7 (2018). Spesifikasi lain A7 (2018) adalah skrin 6 inci FHD+ SAMOLED, prosesor octa-core 2.2GHz cortex-A53, RAM berjumlah 4GB, 128GB storan dalaman (sokongan SD card sehingga 512GB) dan 3300mah bateri (sokongan pengecasan pantas) dan kamera hadapan 24mp f/2.0. Pengimbas cap jari A7 (2018) terletak pada butang kuasa telefon. A7 (2018) hadir dengan pilihan warna Biru, Hitam, Emas dan Pink dan dijual di Malaysia pada harga RM1299.

 

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply