Berita baik untuk peminat smartphone Samsung, Samsung Galaxy Note Fan Edition (Note FE) akan mula dijual pada 25 Oktober 2017 pada harga RM2599. Menurut Samsung, Note FE telah menjalani 8 peringkat pemeriksaan keselamatan dan ketahanan bateri dan kini menggunakan bateri baru dengan kapasiti 3200 mAh. Sebagai perbandingan, bateri asal bagi Note 7 ialah 3500 mAh.
Samsung Galaxy Note FE Mula Dijual 25 Oktober 2017 – Berharga RM2599
Pendapat saya, harga RM2599 untuk Note FE 64GB ialah harga yang bagus kerana Note 7 mempunyai rekaan, spesifikasi dan kecanggihan kamera yang masih lagi relevan. Note FE juga boleh dijadikan alternatif bagi pembeli Galaxy S8/S8+ dan juga mereka yang merasakan Galaxy Note 8 terlalu mahal tetapi masih menginginkan peranti Note dengan S-Pen.
Apa pendapat anda mengenai Samsung Galaxy Note FE? Kongsikan dengan rakan anda yang sedang mencari phone baru.
Sumber : Samsung Malaysia
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥