samsung galaxy s7 malaysia

Mobile World Congress (MWC) merupakan acara tahunan yang diadakan setiap bulan Februari dan menghimpunkan pelbagai syarikat pengeluar peranti pintar terkemuka dunia. Adalah tradisi bagi kebanyakan syarikat untuk mengumumkan peranti baru setiap kali MWC dan tahun ini kita bakal menyaksikan beberapa peranti ‘flagship’ daripada Samsung, LG, HTC dan sebagainya.

Beberapa jam lepas telah menyaksikan Samsung telah memperkenalkan peranti ‘flagship’ terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge. Galaxy S6 dan S6 Edge boleh dikatakan smartphone Samsung yang mempunyai rekaan terbaik dan premium setakat ini namun terdapat beberapa kelemahan seperti tiada sokongan micro-SD, kapasiti bateri yang kecil dan tiada fungsi kalis air. Galaxy S7 pula masih mengekalkan rekaan premium S6 cuma Samsung telah merealisasikan permintaan jutaan peminat mereka yang mahukan kembali fungsi-fungsi yang menjadi kebanggaan peminat smartphone jenama Samsung.

Samsung Galaxy S7 – Spesifikasi

samsung galaxy s7 spec

samsung galaxy s7 edge spec

Samsung Galaxy S7 / S7 Edge – Hardware

Rekaan asal tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan S6 dan S6 Edge. SoC (processor, gpu) telah dipertingkatkan kepada cip generasi terkini dengan prestasi yang lebih laju dan lebih menjimatkan tenaga. Sokongan micro-SD membolehkan anda menambah ruang storan external  dan fungsi kalis air dan debu telah ditambah kembali menjadikan peranti ini lebih lasak.

Kapasiti bateri telah ditambah kepada 3000 mAh untuk S7 dan 3600 mAh untuk S7 Edge. Agak memuaskan bagi peranti yang boleh dikatakan agak nipis dan ringan.

samsung galaxy s7 always on

Salah satu fungsi baru bagi S7 ialah Always-On display, iaitu kebolehan memaparkan tarikh, jam dan kalendar ketika skrin utama dipadamkan. Jika anda pernah menggunakan phone Nokia, anda pasti rindukan fungsi Always-On ini.

Samsung Galaxy S7 Camera

samsung galaxy s7 camera

Samsung telah membuat beberapa perubahan kepada fungsi camera di Galaxy S7. Antaranya ialah menukar sensor 16 MP di Galaxy S6 kepada 12 MP di Galaxy S7. Walaupun jumlah ‘megapixel’ dikurangkan, Samsung mengatakan bahawa saiz pixel menjadi lebih besar iaitu 1.4 Micron berbanding Galaxy S6 yang mempunyai 1.12 Micron. Teknologi baru bagi camera S7 ialah Dual Pixel, iaitu sokongan autofocus ultra-pantas yang membolehkan anda mengambil gambar yang ‘sharp’.

S7 juga mempunyai lens yang mempunyai bukaan aperture lebih besar iaitu F/1.7 berbanding F/1.9 di Galaxy S6. Aperture F/1.7 memberi kelebihan kepada efek depth of field atau Bokeh dan ia lebih berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti di dalam keadaan kurang cahaya (low-light). Sebagai perbandingan, lens kamera iPhone 6S hanya mempunyai aperture F/2.2. Fungsi Smart-OIS juga membantu anda menggunakan longer exposure ketika mengambil gambar dan mengurangkan gegaran ketika merakam video.

Kamera depan pula mempunyai sensor 5MP tetapi dengan aperture F/1.7 serta mampu mengambil gambar wide-angle untuk selfie secara berjemaah. Kamera depan juga kini menyokong fungsi flash seakan iPhone 6S.

galaxy s7 camera lens

Samsung dilihat begitu yakin dengan kualiti kamera S7 yang boleh menghasilkan gambar yang cantik. Mereka juga memperkenalkan aksesori rasmi iaitu case yang menyokong sambungan lens tambahan seperti Macro, Wide angle dan Telephoto zoom.

Harga dan tarikh pelancaran Galaxy S7

Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan pada bulan Mac 2016 di negara-negara utama termasuklah di pasaran Malaysia. Harga pula saya jangka sekitar RM2699 untuk Galaxy S7 dan RM2999 untuk Galaxy S7 Edge. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari pihak Samsung Malaysia mengenai harga dan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S7.


Apa pandangan anda mengenai peranti flagship Samsung Galaxy S7?

Sumber : Samsung Newsroom | AndroidCentral | AndroidPolice

471 total views, 1 views today