Samsung galaxy s8



Selepas berpuluh kali maklumat awal mengenai Samsung Galaxy S8 terbocor di Internet, kini Samsung secara rasminya telah mengumumkan siri Samsung Galaxy S generasi baru iaitu Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus. Saya mengikuti acara pelancaran ini secara langsung semalam dan ini merupakan pendapat saya mengenai GS8.

Samsung Galaxy S8 Infinity Display

Infinity Display merupakan buzzword yang akan kerap dipasarkan oleh Samsung dan ianya memang sangat menawan ! Infinity Display merujuk kepada rekaan melengkung S8 dan skrin yang mempunyai bezel yang sangat nipis dan tiada lagi butang fizikal malah logo Samsung di bahagian hadapan S8 ini. Jika sebelum ini Galaxy S7 hadir dalam versi Flat dan Edge, kini S8 hanya hadir dalam versi Infinity Display dan tiada lagi versi Flat.

infinity display

Skrin Infinity Display ini pula ‘diperkuatkan’ lagi dengan teknologi Super Amoled (2960 x 1440) yang sememangnya dikenali sebagai teknologi display yang terbaik dari segi warna yang tepat, contrast yang tinggi dan kecerahan yang memudahkan penggunaan di dalam rumah atau ketika berada di bawah matahari. Apple juga dilaporkan akan menggunakan skrin AMOLED daripada Samsung sebagai skrin iPhone 8 yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

Galaxy-S8-warna

Galaxy S8 merupakan smartphone pertama yang dijual di pasaran menggunakan cip 10nm Snapdragon 835 atau Exynos 8895 mengikut pasaran. Cip 10nm menjanjikan peningkatan ketara dari segi prestasi tetapi mempunyai penjimatan bateri yang lebih baik dan mungkin sebab ini Samsung berani mempertaruhkan kapasiti bateri yang kecil – S8 3000 mAh dan 3500 mAh pada S8+. Kedua-dua versi S8 dan S8+ hadir dengan jumlah RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman sebanyak 64GB UFS 2.1 dan menyokong micro-sd sehingga 256GB.

Galaxy-S8-Camera

Memandangkan skrin hadapan Galaxy S8 tiada lagi butang fizikal, fungsi fingerprint reader telah dialihkan ke belakang. Pilihan rekaan fingerprint di belakang ini agak subjektif kerana ada yang suka dan ada yang tidak suka kerana sudah terbiasa menggunakan fungsi fingerprint di bahagian hadapan.

galaxy s8 main camera

Dari segi spesifikasi kamera, tidak banyak berubah kerana secara dasarnya S8 menggunakan sensor dan lens yang sama dengan Galaxy S7. Sensor 12MP dengan lens wide dengan aperture F/1.7 dikekalkan pada S8 tetapi Samsung telah mengoptimasikan lagi aplikasi kamera supaya lebih pintar dan mampu menangkap gambar yang lebih cantik, warna yang lebih tepat serta lebih bagus di dalam keadaan kurang cahaya.

Sedikit mengecewakan kerana saya mengharapkan Samsung akan hadir dengan dual camera seperti iPhone 7 Plus yang boleh menghasilkan gambar dengan efek Bokeh. Mungkin Samsung menyimpan teknologi dual camera untuk Galaxy Note 8.

Samsung Galaxy S8 – Tarikh Pelancaran Dan Harga Di Malaysia

galaxy s8 bezelless

Jika anda berminat mendapatkan Samsung Galaxy S8, Lowyat.net melaporkan bahawa pra-tempahan akan dibuka pada 11 April 2017 dengan tarikh pelancaran sekitar hujung April. Tarikh pelancaran global adalah pada 23 April jadi Malaysia mungkin termasuk di dalam pelancaran global juga.

Harga tidak rasmi (berdasarkan conversion) Galaxy S8 ~RM3199, Galaxy S8 Plus ~RM3759.


Apa pendapat anda mengenai Samsung Galaxy S8? Jika RM3000 ++ agak mahal untuk Galaxy S8, mungkin selepas ini kita akan tengok Galaxy S7 akan turun harga kepada bawah RM2K dan ianya masih lagi sebuah smartphone yang sangat bagus dan berkualiti.

Sumber : Samsung Newsroom

 



RELATED POSTS