sandisk ultra dual review

Beberapa minggu lepas saya membeli gadget baru iaitu Sandisk Ultra Dual 64GB USB Flash Drive. Ia bagi menggantikan pendrive OTG lama saya iaitu Kingston Duo 16GB yang saya sudah guna lebih dari setahun. Saya memerlukan kapasiti storan yang lebih besar serta sambungan yang lebih laju bagi memudahkan pemindahan fail bersaiz besar.

Ini merupakan review ringkas saya mengenai Sandisk Ultra Dual Flash Drive.

Sandisk Ultra Dual Review

sandisk ultra dual malaysia

Sandisk Ultra Dual ini ialah usb flash drive yang menyokong USB 3.0 (USB 2.0 compatible) dan mempunyai dua “kepala” iaitu micro-usb dan usb full size. Kepala micro-usb boleh digunakan pada peranti Android yang menyokong fungsi On-the-Go (OTG) sebagai storan luaran untuk fail gambar, video, mp3 dan sebagainya. Gunakan mana-mana file explorer seperti ES File Explorer untuk memudahkan anda uruskan fail di dalam flash drive. Sangat berguna jika phone Android mempunyai kapasiti kecil seperti 8gb / 16gb dan tidak menyokong penggunaan memory card (saya pengguna Xiaomi Mi3W).

Manakala di PC / laptop, saya agak berpuas hati dengan transfer speed menggunakan USB 3.0 yang ternyata jauh lebih laju berbanding pendrive Kingston Duo lama saya yang menggunakan USB 2.0. Kapasiti 64GB juga memudahkan saya menyimpan lebih banyak fail bersaiz besar tanpa perlu membawa external hard drive setiap masa.

Secara ringkas, saya amat berpuas hati dengan Sandisk Ultra Dual Flash Drive ini.

  • saiz kompak
  • harga  berpatutan untuk produk yang jenama agak dikenali
  • pemindahan fail laju menggunakan USB 3.0
  • storan luas – terdapat dalam kapasiti 16gb, 32gb, 64gb
  • menyokong phone Android

Harga Sandisk Ultra Dual

Sandisk Ultra-Dual 32GB – sekitar RM40 – RM50

Sandisk Ultra-Dual 64GB – RM90 – RM100


Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh anda tanya di ruangan komen ya!

450 total views, 4 views today