Shopee Hadir Dengan Fungsi SPayLater – Pembayaran Secara Beli Barang Dulu, Bayar Kemudian

shopee spaylater

Shopee kini memperkenalkan fungsi baru SPayLater, iaitu pembayaran secara beli dulu, bayar kemudian. SPayLater ini sangat berguna, sebagai contoh barang yang anda nak beli ini ada diskaun dan kuantiti pula terhad, tapi nak tunggu duit gaji masuk atau duit kawan bayar hutang masuk, lambat lagi. Barang nak kena pakai segera tu, tak beli sekarang jadi rugi. Dan bila duit masuk, anda boleh lunaskan bayaran untuk pembelian terdahulu itu.

Bersyukur jika anda ada kawan yang bayar duit hutang on-time. Mereka wujud, tapi sangat rare.

SPayLater – Beli Barang Dulu, Bayar Bulan Depan di App Shopee

Untuk menggunakan SPayLater, anda perlu aktifkan dulu fungsi ini di app Shopee dengan klik link di bawah. Dan kemudian upload dokumen pengenalan diri untuk tujuan pengesahan. 

Perbezaan SPayLater dengan Credit Card Zero % Installment

Buat masa sekarang, SPayLater ada dua pilihan iaitu Beli dulu bayar kemudian (BNPL) dengan 0% caj pemprosesan dan juga bayaran secara ansuran selama 2 bulan hingga maksimum 6 bulan dengan caj pemprosesan sebanyak 1.25%.

Manakala Credit Card Zero % Installment di Shopee pula menyokong sehingga 18 bulan (credit card Maybank atau Public Bank). Manakala caj bayaran lewat pula tertakluk kepada bank.

⠀⠀⠀

Bagi pengguna yang tidak memiliki credit card, SPayLater lebih memudahkan pembelian, terutamanya pembelian barangan penting dan keperluan ketika itu. Dan tidak semua barang di Shopee menyokong pembelian secara ansuran menggunakan credit card.

Saya rasa Shopee hadir dengan SPayLater ini pada masa yang tepat. Konsep pembelian beli dulu bayar kemudian ini sangat membantu di mana kita masih lagi berada dalam pandemik yang sampai bila pun kita tak tahu lagi pengakhiran dia macam mana. Sangat membantu di mana cash flow sebahagian rakyat tidak selancar seperti sebelum tahun 2020. 

BACA :  Redmi Note 3 Akan Dijual Pada Harga RM499 (11 - 13 November 2016 Sahaja)

Sumber : Shopee SPayLater



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply