sigma 16mm 1.4 malaysia



Awal November baru-baru ini Sigma Global telah melancarkan lens Sigma 16mm F/1.4 DC DN baru untuk kamera mirrorless Sony E Mount dan Micro 43 Olympus dan Panasonic.

Lens 16mm 1.4 ini adalah lens lanjutan daripada Sigma 30mm 1.4 DC DN yang dilancarkan pada tahun 2016 dan telah menjadi lens Sigma paling popular terutama dalam komuniti pengguna Sony A6000, A6300 dan A6500. Seperti lens 30mm 1.4, Sigma 16mm ini dijangka mengekalkan sharpness yang terbaik dan kualiti yang bagus pada harga yang mampu milik.

Sigma 16mm 1.4 Malaysia

sigma 16mm f1.4 malaysia

Lens Sigma 16mm 1.4 kini boleh dibeli di Malaysia pada bulan yang sama ia dilancarkan di negara-negara lain. Harga yang saya jumpa adalah seperti berikut :

Sigma 16mm 1.4 DC DN ini memiliki field of view hampir sama dengan lens 24mm F/2.1 Full Frame bila digunakan di kamera Sony APS-C E Mount seperti Sony A6000, A6300 dan A6500. Jika digunakan pada kamera Micro 43 Olympus dan Panasonic, field of view yang terhasil ialah 32mm F/2.8 dan hampir dengan focal length 35mm yang popular untuk street photography.

Bukaan aperture yang besar (F/1.4) boleh menghasilkan bokeh yang cantik ketika mengambil gambar dan juga merakam video. Anda boleh tonton beberapa video Youtube di bawah ini untuk menilai sendiri kualiti lens Sigma 16mm 1.4 ini.



RELATED POSTS