sigma 30mm f1.4

Sigma Japan telah melancarkan 3 produk baru iaitu Sigma 30mm F/1.4 E-Mount APS-C, Sigma 50-100m F/1.8 ART dan juga MC-11 Adapter. Dua daripadanya ialah lens kamera dan satu lagi merupakan adapter untuk menggunakan lens Sigma versi Canon EF di kamera Sony E-Mount.

Sigma 30mm F/1.4 E-Mount APS-C

sigma 30mm 1.4 a6300

Sigma 30mm direka khas untuk kamera Sony E-Mount dengan sensor APS-C seperti Sony A6300, A6000, A5100 dan NEX series. Ia merupakan lens pertama Sigma dengan aperture maksimum 1.4 untuk kualiti kurang cahaya (low-light) yang lebih baik dan bokeh yang lebih cantik. Lens ini menyokong autofocus tetapi tiada optical stabilization. Focal length bagi lens ini ialah 30mm (45mm full frame) dan bersaiz kompak, ringan dan sesuai digunakan di body Sony mirrorless camera.

Harga : $339 (RM1424)

Sigma 50-100mm F/1.8 Full Frame Canon EF

sigma 50-100mm 1.8

Sigma 50-100mm F/1.8 pula merupakan lens untuk Full Frame Canon EF. Sigma mengatakan bahawa kualiti gambar (IQ) adalah dalam kelas terbaik (ART series) dan ia boleh menggantikan beberapa prime lens dengan focal length 50mm, 85mm dan 105mm. Pemilik lens ini boleh mengurangkan jumlah lens di dalam bag yang harus dibawa setiap kali shooting kerana ia mempunyai range yang versatile. 😀

Harga : $1099 (RM4616)

Sigma MC-11 Adapter

sigma mc-11 adapter

Sigma MC-11 pula merupakan adapter untuk menggunakan lens Sigma versi Canon EF di kamera Sony E-Mount seperti A7 series dan A6000 series. Ia menyokong kedua-dua sensor Full Frame dan APS-C dan mempunyai fungsi autofocus serta optical image stabilization. Bagi pengguna Canon yang memiliki lens Sigma yang ingin berpindah kepada ekosistem Sony A7 atau A6XXX series, adapter MC-11 ini sangat membantu mengisi kekosongan jumlah pilihan lens native Sony E-mount.

Senarai lens Sigma yang compatible dengan adapter MC-11 ialah :

sigma mc-11 adapters

Harga : $249 (RM1049)


Kebiasaan produk Sigma akan dilancarkan di Malaysia pada harga yang lebih murah berbanding harga saranan dalam US Dollar. Saya berharap Sigma akan membawa produk-produk baru ini segera masuk ke pasaran Malaysia, terutamanya Sigma 30mm F/1.4.

Apa pendapat anda mengenai produk baru daripada Sigma ini?

Sumber : BHPhoto

318 total views, 2 views today