Smartphone Dual Camera Dibawah Harga RM1000 – Ini Model Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Sekarang

honor 7x price malaysia

Smartphone dengan fungsi dual-camera kini semakin popular dan tidak lagi eksklusif kepada smartphone berkelas flagship. Fungsi Portrait Mode atau Efek Bokeh merupakan kelebihan yang ada pada smartphone dual camera kerana gambar yang terhasil nampak lebih unik dan cantik. Huawei, Xiaomi, Motorola dan Meizu adalah antara syarikat pembuat smartphone yang telah menawarkan fungsi dual-camera pada smartphone keluaran mereka dalam pelbagai peringkat harga.

Tidak dinafikan dual-camera iPhone X atau Samsung Galaxy Note 8 memang cantik dan berkualiti tinggi, tetapi jika anda masih ingin memiliki smartphone dual-camera tetapi dengan bajet rendah, ini ada beberapa model terbaik yang anda boleh dapatkan di bawah harga RM1000.

Smartphone Dengan Dual Camera Dibawah Harga RM1000 – Ini Model Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Sekarang

honor 7x dual camera

Honor 7X

Honor 7X merupakan model kelas pertengahan siri Honor yang dijangka akan menjadi popular di Malaysia tidak lama lagi. Menampilkan rekaan Fullview 5.93″ IPS FHD+, kapasiti bateri 3340mAh dan kualiti binaan badan logam, Honor 7X juga dilengkapi dual camera dan Portrait Mode yang menyokong kamera belakang dan kamera selfie.

XDA Developers dan Android Central baru-baru ini menobatkan Honor 7X sebagai smartphone bajet pertengahan terbaik.

Honor 7X boleh dibeli pada harga RM1099 (RM999 untuk promosi terhad Fangsiving).

xiaomi a1 malaysia set

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1 sudah berada di pasaran Malaysia sejak September 2017 lagi dan agak popular juga berdasarkan jualan yang rancak pada 11.11.2017 dan 12.12.17 lepas. Xiaomi Mi A1 menawarkan rekaan yang berkualiti tinggi dan masih nampak menarik walaupun tidak mempunyai skrin lebar 18:9 seperti trend masa kini. Dual-camera 12MP Mi A1 boleh menghasilkan efek bokeh untuk Portrait Mode dan walaupun kualiti kamera utama agak biasa, anda boleh mencuba pelbagai aplikasi kamera lain seperti Google Camera HDR+ untuk kualiti gambar yang lebih cantik.

Gambar daripada kamera Mi A1/Mi 5X.

Mi A1 boleh dibeli pada harga RM869 pada Disember 2017 (harga pelancaran ialah RM1099).

moto g5s plus dual camera malaysia

Moto G5S Plus

Moto G5S Plus merupakan siri lanjutan kepada Moto G5/G5 Plus dan pertama kali dilengkapi dual-camera 13MP dengan efek bokeh Portrait Mode. Ia turut dilengkapi processor Snapdragon 625, 4GB RAM dan merupakan pencabar serius kepada Redmi Note 4 dan Xiaomi Mi A1.

Harga rasmi Moto G5S ialah RM999 tetapi anda boleh dapatkan dengan hanya RM799 untuk tempoh terhad.

meizu m6 note dual camera malaysia

Meizu M6 Note

Meizu M6 Note merupakan pencabar utama kepada Redmi Note 4 dan Xiaomi Mi A1 dan baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember 2017. Model ini mencuri perhatian ramai kerana dilaporkan menawarkan kualiti kamera yang lebih baik dan cantik berbanding Redmi Note 4 dan Mi A1. Ia juga merupakan smartphone Meizu yang menggunakan processor Snapdragon 625 seperti peranti utama Xiaomi dan bukanlah Mediatek seperti model-model sebelumnya.

Memandangkan Meizu M6 Note baru dilancarkan, jika anda berminat menggunakan ROM selain Flyme OS asal, anda perlu menunggu lebih lama lagi kerana komuniti pengguna M6 Note masih kecil.

Harga Meizu M6 Note bermula RM899 dan akan dijual pada Krismas 2017 ini.


Terima kasih kepada Apple dan Huawei yang mempopularkan teknologi dual camera pada smartphone. 2018 pasti jadi tahun yang lebih seronok untuk mengikuti perkembangan teknologi kamera di smartphone.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang mencari smartphone dual camera pada harga di bawah RM1000.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply