sodaplayer windows



Beberapa bulan lepas saya terjumpa Soda Player secara kebetulan dan kini telah menggunakannya sepenuh masa di Mac dan Windows. Ini beberapa perkara yang saya rasa unik dan menarik yang ada pada Soda Player berbanding puluhan media player lain.

Soda Player – Media Player Menyokong Semua Format Video, Fungsi Chromecast dan Subtitle Downloader

sodaplayer windows download

Kelebihan Soda Player

  • Memainkan semua jenis format/codec video dan audio
  • Antaramuka moden dan cantik – paparan tanpa bingkai ketika memainkan video (lihat screenshot di atas)
  • Menyokong stream ke Apple TV dan Chromecast
  • Carian subtitle secara mudah dalam pelbagai bahasa
  • Mampu memainkan video daripada link Youtube, Torrent, Magnet dan Acestream
  • Sokongan SOCKS5 terbina dalam untuk streaming Torrent

Walaupun tidak mempunyai fungsi yang advanced seperti VLC Player dan Potplayer, bagi saya Soda Player sangat mesra pengguna dan paling penting sedap mata memandang.

Download Soda Player (Windows / Mac).



RELATED POSTS